September 19, 2024

Presiden MCW, Haji Jais Abdul Karim menegaskan bahawa tawaran pemberian elaun pengangkutan pulang mengundi dalam konteks pilihan raya di Malaysia merupakan satu kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 sekiranya mampu menimbulkan isu salah guna sumber kerajaan negeri atau kerajaan persekutuan ketika pilihan raya semata-mata untuk mendapatkan kelebihan undian. Lebih-lebih lagi sekiranya inisiatif tersebut mempunyai hubungan secara langsung atau tidak langsung untuk menyokong calon kerajaan negeri berkenaan.

Ini berikutan cadangan Pas kepada kerajaan(SPR) untuk menyediakan bas kepada pengundi untuk pulang mengundi di negeri masing-masing. Alasan Pas kerana peningkatan kos dan mereka ingin membantu.

Timbul persoalan, sebagai kerajaan negeri, kenapa tidak membantu rakyat ketika pulang berhari raya? Kos untuk pulang sebanyak dua kali ketika hari raya tidak dipedulikan tetapi kenapa menonjolkan diri untuk membantu bagi tujuan pilihanraya khususnya kepada pelajar universiti?

Adakah bantuan bas percuma itu bersyarat atau bebas dari syarat “wallahhi”?.

Pas Terengganu nampaknya amat terkesan dengan kes rasuah yang melibatkan pemimpin mereka terutamanya kemenangan kerusi Kuala Terengganu yang telah dibatalkan kerana terbukti merasuah pengundi.

Kini terdedah pula bagaimana tiba-tiba NGO yang dikatakan banyak memperolehi manfaat dari kerajaan negeri Pas Terengganu menawarkan bas percuma bagi pengundi Terengganu yang berada di luar.

Siapa Alif Mahari, Pengerusi Al Azhar Care? Katanya NGO beliau yang bersungguh menawarkan khidmat bas percuma membawa pulang pengundi luar Terengganu.

Benarkah Alif Mahari juga yang menguruskan pusat pemulihan penagih dadah Terengganu yang menjadi salah satu manifesto Pas pada pilihanraya umum ke-14?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *