December 18, 2024

Sallehudin Amiruddin ketika diwawancara wartawan Malaysia Hot di kediamannya di M Residence 2, Bandar Tasik Puteri, Rawang, semalam.

Oleh Rajmah

Menyifatkan diri sebagai calon underdog, Sallehudin Amiruddin merungkai semua persoalan mengenai desas-desus mengenainya dalam satu temu bual eksklusif wartawan Malaysia Hot (MH), Rajmah Hasan dengan beliau di kediamannya di M Residence 2, Bandar Tasik Puteri, Rawang semalam.

Berikut lima soalan yang dikemukakan kepada bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.13 Kuang yang menyandang jawatan itu pada 2018 hingga 2023 (DUN bubar)

MH: Tuan sebelum ini menimbulkan persoalan apabila dilihat saat akhir membuat keputusan mempertahankan jawatan. Kenapa mahu bertanding?

SALLEHUDIN: Yang mendorong saya bertanding apabila dua calon dari parti besar tidak menampilkan pimpinan tempatan yang terdiri daripada orang kawasan Kuang.

UMNO….,saya dengar nak letak Ketua Pemuda UMNO Bahagian Selayang. Saya berpendapat dia perlu diberi peluang dan saya masa itu ambil sikap tunggu dan lihat. Kalau dia dicalonkan bertanding, maka saya kemungkinan tidak akan masuk.

PN (Perikatan Nasional) pun sama. Kita harapkan Datuk Azman Yaakob (Ketua Bersatu Bahagian Selayang) yang pernah jadi kempen manager saya masa bertanding kerusi DUN N.13 Kuang pada PRU-14.

Antara saya dan dia, sudah ada understanding dari awal. Kalau dia dicalonkan tahun ni, saya akan bagi laluan.

Tapi bila PN umum calon yang bukan saya harapkan, maka saya buat keputusan menawarkan diri bertanding.

Saya bertanding ini (Pilihan Raya Negeri Selangor 2023) pun bukan melalui parti kerana sejak 2020 saya jadi ADUN Bebas selepas dipecat daripada Bersatu Saya kekal pegang jawatan sehingga pembubaran DUN N.13 Kuang.

Apa yang Tuan tawarkan kepada penduduk jika diberi mandat sekali lagi menjadi ADUN Kuang?

SALLEHUDIN: Saya ada tawaran dalam pemikiran tapi tak mungkin beritahu sekarang.

Dari segi geografi Kuang pula, saya dah tahu selok belok kawasan mana yang masih lemah dan perlu diberi perhatian.

Saya tak kata ia adalah manifesto, sebaliknya adalah agenda.

Ada 6 Agenda Sejahtera Kuang yang akan saya umumkan secara rasmi semasa ceramah umum kempen saya pada 10 dan 11 Ogos ini.

Kempen strategi Tuan sendu tidak seperti Datuk Hasnal Rezua Merican (BN) dan Mohd. Rafiq Abdullah (PN) yang dilihat meriah dengan perang bendera dan poster. Tidakkah ia akan beri kesan kepada kempen Tuan?

SALLEHUDIN: Perang bendera ini lebih fokus untuk kenalkan calon yang bertanding dan dari parti mana.

Calon muka baru yang bertanding sebenarnya promote parti. Jadi, parti terpaksalah melaburkan sejumlah wang banyak untuk calon yang mewakili parti.

Sebagai calon Bebas yang juga bekas wakil rakyat Kuang saya tak nampak keperluan untuk spend banyak duit kerana kos satu bendera termasuk upah pasang saja pun boleh cecah RM10.

Lagipun tempoh kempen 14 hari saja dan kalau saya nak print
bendera awal takut pencalonan ditolak disebabkan last minit buat keputusan bertanding.

Jadi, saya putuskan buat 100 keping poster billboard dan hanya dipasang seminggu selepas penamaan calon.

Peruntukan kos keseluruhan kempen saya tak sampai pun RM20,000.

Command Center saya di rumah dan whatsapp grup pula ialah bilik gerakan utama N.13.

Kempen pula lebih kepada beberapa perjumpaan kecil sejak penamaan calon dengan rakan, golongan profesional, ketua kampung dan masyarakat serta penduduk dan golongan muda, selain program ziarah kasih dan walkabout menjelang minggu akhir kempen.

Saya juga baru gunakan platform akaun TikTok (Sallehudin Amiruddin) untuk kemas kini aktiviti dilakukan.

Sebagai bekas ADUN Kuang, boleh komen peluang Tuan untuk menang?

SALLEHUDIN: Saya anggap diri saya calon underdog walaupun saya mantan ADUN Kuang kerana saya tidak popular semasa kempen PRN kali ini.

Saya tak risau kerana ada hubungan baik dengan semua orang sebab saya dulu ADUN Kuang full time yang sentiasa ada di pejabat untuk membantu penduduk.

Saya selalu turun padang terutama jika melibatkan isu-isu kritikal, manakala isu-isu minor saya ada pegawai infra yang akan bertindak atas aduan dan wajib buat laporan hari yang sama.

Ketika awal jadi wakil rakyat pada 2018, banyak isu termasuk naik taraf jalan dan perparitan yang menyebabkan masalah banjir kritikal di Kampung Seri Kundang dan sebahagian kawasan di Taman Rahmat Jaya berjaya diselesaikan.

Kini, Kampung Gombak pula bermasalah disebabkan flash flood dan jika diberi mandat, isu ini akan diberi perhatian.

Feedback penduduk mengatakan rating kejayaan saya mencapai 80 peratus dalam menyelesaikan masalah penduduk di Kuang, dan jika diberi mandat sekali lagi, saya hanya push button untuk 20 peratus lagi kerja-kerja yang belum diselesaikan.

Selain boleh berjumpa terus di pejabat, penduduk juga boleh menghubungi saya pada bila-bila masa.

Saya ada hubungan baik dengan semua orang dan jika calon pihak lawan nak jadikan isu, ia tak kena jika saya nak bertanding.Penduduk tahu cara kerja saya.

Desas-desus mendakwa Tuan ditaja untuk bertanding semata-mata untuk kacau undi. Boleh komen?

SALLEHUDIN: Tidak ada sesiapa menaja saya untuk bertanding. Boleh check akaun saya jika ada dakwaan sedemikian (kemasukan wang).
Saya bertanding guna duit sendiri.

PRN15 #PRNSelangor #Kuang #N13 #TetapSayang #HRM #Perpaduanready #kitaselangor #DemiKestabilan #DemiKemakmuran #Hasnal #HasnalKuang #CalonNo1 #HasnalSatu #HRM1 #SuaraKuang #KuangKuSayang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *