December 18, 2024

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amiruddin Shari melancarkan manifesto BN-PH pada 31 Julai lalu.

Oleh LILY JASMINE

KALAU manifesto pun nak tiru, macam mana Perikatan Nasional (PN) nak menerajui sebuah negeri yang kaya raya seperti Selangor Darul Ehsan.

Bak kata Datuk Seri Panglima Bung Mokhtar Radin pada program ceramah perdana BN-PH malam tadi, PN tiada idea untuk merangka manifesto sehingga sanggup menunggu pengumuman manifesto BN-PH, baru nak buat manifesto sendiri.

Bung Mokhtar merupakan Ketua UMNO Sabah dan Ahli Parlimen Kinabatangan.

Beliau hadir bagi membantu calon BN, Datuk Hasnal Rezua Merican yang bertanding di DUN N.13 Kuang.

Pada 31 Julai lalu, Pengerusi Pakatan Harapan Selangor (PH), Datuk Seri Amirudin Shari melancarkan Tawaran Kita Selangor: 5 Tekad Untuk 5 Tahun yang merupakan manifesto Pilihan Raya Negeri Selangor Ke-15 di Shah Alam.

Manakala Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yasin mengumumkan Tawaran Menarik Manifesto Negeri Selangor pada 4 Ogos 2023 iaitu empat hari selepas BN-PH mengumumkan manifesto.

Apa tujuan PN berbuat sedemikian.

Tidak lain sekadar mahu meneliti manifesto BN-PH terlebih dahulu untuk dicuri idea dan pelaksanaan.

Teliti punya teliti…,ohhh…manifesto BN-PH hanya menawarkan lima teras utama. Jadi, kita (PN) lawan dengan tujuh tunjang utama.

Walaupun tawaran PN lebih banyak daripada BN-PH, tetapi tawaran itu tidak sehebat mana.

Tawaran banyak dikaitkan dengan pemberian wang yang membuatkan kita tertanya-tanya dari mana dapat duit sebanyak itu?

Nampak macam tidak realistik.

Dalam lima teras utama manifesto BN-PH yang diumumkan, perkara melibatkan ekonomi, pendidikan, pekerjaan, agama, perkhidmatan kerajaan, pembangunan mapan dan membela kepentingan rakyat menjadi fokus penting.

Tawaran 5 Tekad Untuk 5 Tahun BN-PH lebih realistik dan mampu ditunaikan.

Apatah lagi, pengalaman memerintah selama 75 tahun (BN 60 tahun + PH 15 tahun) dan pendapatan kerajaan negeri yang tinggi dapat membantu setiap tawaran ditunaikan.

Berbekalkan itu, banyak projek besar melibatkan modal tinggi dapat dibangunkan termasuk menyediakan bantuan kebajikan kepada rakyat.

Contohnya, menawarkan 100,000 peluang pekerjaan bergaji tinggi kepada anak-anak muda Selangor, membina Pelabuhan Ketiga di Pulau Carey bertujuan menarik lebih banyak pelabur, sekali gus muncul destinasi pelaburan utama di Asia Tenggara.

Tidak dilupakan aspek agama. Calon PN asyik melalak menyatakan BN-PH mengabaikan perkara berkaitan agama Islam dan kedaulatan Melayu.

Fitnah jahat itu tidak lain sekadar untuk menimbulkan keresahan penduduk terhadap kesucian agama Islam.

Jika BN-PH menang, banyak manfaat yang umat Islam nikmati, antaranya subsidi tambang dan kos mengerjakan haji kali pertama berjumlah RM2,000 hingga RM3,000 jemaah Muassasah; mewujudkan biasiswa pelajar tahfiz, sekolah pondok dan sekolah agama rakyat; menaikkan elaun imam, bilal, siak dan nazir serta meningkatkan dana guaman syariah untuk membantu kaum wanita dengan tambahan RM3 juta.

Sama ada tawaran BN-PH atau PN, kedua-dua gabungan parti itu menawarkan perkara hampir sama tetapi soalnya, mampukah PN yang tiada pengalaman menerajui tampuk pemerintahan negeri, berbanding BN-PH yang sudah teruji cemerlang memerintah negeri.

Sebagai pengundi, penulis lebih tertarik dengan tawaran BN-PH kerana lebih realistik dan disokong data dan angka.

Jadi, apa pilihan anda? Jika saya pengundi di Selangor tentulah saya akan memangkah calon BN-PH.

Justeru, jika anda pengundi DUN N.13 Kuang, jangan lupa undi calon No 1, Datuk Hasnal Rezua Merican demi Selangor yang lebih gemilang.

PRN15 #PRNSelangor #Kuang #N13 #TetapSayang #HRM #Perpaduanready #kitaselangor #DemiKestabilan #DemiKemakmuran #Hasnal #HasnalKuang #CalonNo1 #HasnalSatu #HRM1 #SuaraKuang #KuangKuSayang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *