Oleh Fatima
Perikatan Nasional (PN) dilihat bertindak diluar kotak jika benar dakwaan bahawa wujud elemen “jual kerusi” dalam pemilihan calon PN Negeri Sembilan (NS). Jika ianya berlaku dalam pemilihan calon PN NS maka ini bermakna “jual kerusi” “jual meja” ini turut berlaku dalam pemilihan calon PN di kesemua 6 negeri.
Perkara tersebut dinafikan oleh Timbalan Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu (Peja) dengan alasan bebanan kepada pimpinan dalam menghadapi pilihan raya ini amat getir dan besar. Secara logiknya, rakyat tidak menerima sepenuh hati penafian yang dibuat pleh Peja itu.
Peja merupakan Pengerusi PN Negeri Sembilan.
Calon bebas DUN Sikamat, Mohammed Hafiz Baharudin dilaporkan mendakwa wujud elemen “jual kerusi” dalam pemilihan calon PN Negeri Sembilan. Beliau merupakan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata, dakwaan itu timbul selepas mendapati senarai calon yang diumumkan sangat lemah dan tidak berpotensi untuk menang.
Desas desus bertiup kencang dalam PN bahawa ada pihak menjual kerusi apabila dengan sengaja mengenepikan calon boleh menang dan meletakkan calon lemah. Calon-calon yang ditampilkan bukan saja lemah malah ada yang berusia lebih 70 tahun.
Adakah kepimpinan tertinggi PN terlalu yakin akan menang besar sehingga mereka ambil mudah pemilihan calon PRN? Bak kata orang letak “kerusi” “meja” pun PN akan menang. Oleh itu, pengundi di 6 negeri yang sedang menghadapi PRN disarankan agar menolak gabungan tersebut yang memandang “lekeh” tahap kewarasan anda semua.