December 18, 2024

Oleh Fatima

KETIKA Muhyiddin Yassin jadi Perdana Menteri selama 17 bulan, rakyat sebenarnya dapat menilai prestasi buruk beliau yang gagal membuat keputusan pada masa yang tepat. Malah beliau dilihat lebih mengutamakan jawatan dari kebajikan rakyat.

Itu secara kasar prestasi Muhyiddin sebagai Perdana Menteri 17 bulan. Prestasi Muhyiddin sebagai Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pula tidak kurang buruknya.

Hari ini tular Faiz Na’aman meletak jawatan sebagai ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu dan keluar parti, kurang seminggu selepas mengkritik pemilihan calon untuk PRN Selangor. Beliau antara 100 ahli dan orang muda terawal yang menyertai Bersatu ketika penubuhannya pada 2016.

Bersatu terpesong daripada objektifnya untuk memberi lebih banyak ruang kepada orang muda mempunyai latar belakang bersih, kelayakan akademik dan setia kepada parti.

Parti tersebut, jarang beri peluang kepada golongan muda sebagai pemimpin pelapis. Kepimpinan Muhyiddin juga seringkali mengabaikan suara akar umbi, para pengasas awal dan teguran jentera bawahan menyebabkan Bersatu mengalami kekalahan dalam PRN Melaka dan Johor sebelum ini.

Pemimpin muda parti tersebut menjangkakan sejarah kekalahan teruk Bersatu di PRN Melaka dan Johor akan berulang dalam PRN enam negeri, terutama untuk kerusi Bersatu dalam PRN Selangor.

Kebanyakkan calon Bersatu yang bertanding pada PRN Selangor merupakan calon yang kalah dalam PRU15 yang lalu. Pemilihan calon Bersatu juga disifatkannya berat sebelah kepada “kartel” tertentu dan calon bidan terjun menyebabkan pemberontakan di sembilan bahagian Bersatu Selangor.

Insiden membakar bendera Perikatan Nasional (PN) secara terbuka sebagai tanda protes akar umbi memburukkan lagi keadaan Bersatu di Selangor.

Adakah Muhyiddin hanya mendengar saranan “suara kartel” hingga mengabaikan suara akar umbi, para pengasas awal dan teguran jentera bawahan sehingga menyebabkan semakin ramai pemimpin muda dari Bersatu keluar dari parti tersebut?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *