December 18, 2024

Menurut sumber dari Putrajaya, pihak SPRM dan PDRM bakal membuat operasi besar-besaran bermula minggu ini untuk mengesan kegiatan merasuah pengundi termasuk membawa pengundi luar balik ke Terengganu, Kelantan dan Kedah secara percuma.

SPRM dan PDRM mempunyai S.O.P khas termasuk menempatkan anggota mereka di lokasi yang strategik termasuk di dalam bas dan juga melalui sekatan jalanraya.

Tambah sumber, pihak SPRM dan PDRM akan memanggil badan NGO atau pertubuhan bukan kerajaan yang dilaporkan melakukan “penajaan percuma” pengangkutan terutama menggunakan bas termasuk menyoal siasat penumpang bas tersebut.

Nama-nama incaj urusan bas percuma berkemungkinan besar akan dipanggil untuk lengkapkan siasatan.

Laporan kepada pihak berkuasa oleh badan pemerhati pilihanraya bebas akan dibuat secara berskala besar dalam masa terdekat.

Menjadi tandatanya bagaimana sebuah NGO yang operasinya bergantung kepada wang sumbangan atau dana orang ramai mampu menaja pengundi dari luar untuk pulang ke Terengganu misalnya.

Pilihanraya negeri sama dengan pilihanraya umum yang lalu, perlu bersih dari unsur rasuah. Tiada lagi wujud “wallahhi saya undi..” dalam piliharaya negeri kali ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *