Menurut sumber hari ini wanita yang bernama Ezza Suria telah dipanggil ke Balai Polis Chukai.
Ini berikutan bekas suami Ezza Suria telah membuat laporan polis terhadap calon Pas bagi Dun Kemasik, Saiful Azmi kerana mengganggu isterinya (ketika itu Ezza masih isterinya).
Mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan, adalah menjadi kesalahan jika didapati Saiful dengan niat jenayah memikat wanita yang sudah bersuami hingga melakukan persetubuhan. Jenayah ini boleh di hukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Tidak dapat dipastikan kes ini disiasat di bawah seksyen apa.