December 18, 2024

Pilihanraya di 6 buah negeri pada 12 September 2023 ini amat penting untuk memastikan dan menentukan kehidupan rakyat di negeri yang terlibat bagi 5 tahun yang mendatang.

Apabila pengundi telah membuat keputusan maka tiada lagi peluang untuk undur balik. Pemimpin dan kerajaan yang dipilih bakal mencorakkan kehidupan rakyat di negeri tersebut bagi tempoh 5 tahun.

Lihat kepada rekod pencapaian sebelum ini sebelum membuat keputusan yang bakal menjejaskan kehidupan kita sekeluarga.

Ada negeri yang selama berpuluh tahun menghadapi masalah air karat, air berselut dan tiada air bersih. Pengundi memberi peluang berkali-kali, setiap 5 tahun menaruh harapan dan akhirnya janji bekalan air bersih tidak tertunai. Kadar peluang pekerjaan amat tipis dan jika ada hanya dipenuhi oleh anak pinak YB kerajaan negeri sahaja. Selama berpuluh tahun rakyat menderita, pemimpin yang dipilih berkali-kali hidup mewah, jumlah bonus hari raya mereka bersamaan dengan gaji rakyat makan setahun.

Ada negeri baru sahaja 3 tahun mereka menjadi pemerintah, hasil bumi dicuri di depan mata dan rakyat tidak menikmati apa-apa. Rompakan seakan terancang rapi, rakyat hidup menggigit jari.

Ada negeri yang diberi amanah selama 5 tahun untuk dijaga. Tanah milik rakyat dijual sesama mereka dengan harga lebih murah dari harga sekawan kambing dan lembu. Rakyat mohon tanah tetapi diberi tanah tapak masjid. Pendapatan negeri tidak bertambah tetapi wakil rakyat mereka bertambah isteri. Paling tidak masuk akal, isteri orang dipujuk untuk berhubungan jijik. Dosa besar untuk siapa? Rakyat?

Jika memilih kerana seronok ketika hari berkempen mendapat upah RM100, maka bersedialah menerima mudarat sepanjang 5 tahun nanti. Negeri yang diamanahkan tidak terjaga bagaimana pula nasib rakyat jika kumpulan ini berkuasa?

Mengundi untuk diri kita dan keluarga supaya masa depan kita sekeluarga terjamin.

Rakyat tidak kenyang dengan ceramah politik menunggang agama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *