December 18, 2024

Edisi wawancara khas antara Datuk Hasnal Rezua Merican, calon BN bagi Dun Kuang dan Datuk Harisson Hassan, calon Perikatan Nasional bagi Dun Jeram dikatakan bakal hangat. Ini kerana Harisson adalah calon yang lompat dari UMNO pada hari pengumuman calon yang juga “orang kanan” Hishammuddin Hussein.

Benarkah Harisson adalah calon yang sedang dan masih disiasat SPRM berhubung kes rasuah membekal helikopter tempur ringan MD530G?

Benarkah Datuk Seri Hishammudin Tun Hussien sekitar Jun 2019 dipanggil SPRM selama 8 jam berhubung siasatan projek Mindef Land Swap dan projek Helikopter MD530G yang gagal disiapkan dari tarikh yang ditetapkan Kerajaan. Harrison dan seorang pengarah direman namun media tidak menyiarkan berita ini?

Kementerian Pertahanan juga pada 13 Jun 2019 membuat laporan kepada SPRM berhubung status projek ini.

Ia susulan pendedahan Datuk Seri Mohammad Sabu (Mat Sabu) yang pada tahun 2019 sebagai Menteri Pertahanan bahawa MD Helicopters dari Amerika Syarikat itu belum dihantar selepas beberapa kali gagal menyiapkannya.

Menurut Mat Sabu ketika itu sepatutnya pesawat berkenaan diterima kementeriannya pada November 2017 namun katanya hingga kini kementerian belum menerimanya walaupun sebuah walaupun pembayaran sudah dibuat sebanyak RM112 juta.

Harrison dan syarikatnya gagal menyelesaikan bekalan Helikopter tempur ringan MD530G pada tahun 2017 kerana masalah kewangan. Baca selanjutnya di https://thecorporatesecrets.com/blog/2023/08/05/skandal-rasuah-harrison-punca-helikopter-md530g-bernilai-rm-321-juta-hampir-gagal-dibekalkan/

Jadi apa yang rakyat harapkan daripada temubual yang tidak berimbang ini?

Datuk Hasnal dari BN adalah pilihan pengundi Kuang, Harisson ke arah mana?

Kecuali wawancara ini menjadi platform Harisson untuk menjelaskan benarkah beliau masih di dalam siasatan SPRM?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *