September 19, 2024

Nampaknya Pas, Gerakan dan PPBM yang membentuk gabungan Perikatan Nasional masih belum berputus asa menggunakan kempen mengelirukan pengundi dengan menyebarkan doktrin, keputusan pilihanraya negeri boleh mengubah kerajaan Pusat.

Kempen terdesak terpaksa dibuat kerana ini sahaja cara atau strategi Perikatan Nasional(PN) boleh mempengaruhi pengundi atas pagar termasuk pengundi tegar mereka yang dilihat semakin menjauhi Pas kerana sepanjang 5 tahun Pas memerintah Terengganu, isu tanah rakyat dijual murah kepada beberapa entiti Pas dan isu skandal seks wakil rakyat Pas.

Calon Pas Seberang Takir, Khazan ketika ditemuramah oleh media berkenaan peluang beliau di sini dan tambahan pula beliau berlawan dengan penyandang yang dikenali oleh pengundi Seberang Takir, Dato Seri Ahmad Razif. Khazan yakin beliau boleh menang dan melalut dengan fakta piliharaya negeri boleh mengubah kerajaan pusat.

Khazan tahu tetapi sengaja keluarkan kenyataan mengelirukan.

Khazan tahu pada pilihanraya umum ke-15 yang lalu,parti Pakatan Harapan muncul sebagai gabungan parti yang terbanyak memenangi kerusi parlimen dan diikuti oleh Perikatan Nasional dan Barisan Nasional.

Khazan tahu tiada parti yang memperolehi majoriti mudah iaitu 112 kerusi.

Khazan tahu Duli Yang Mulia Yang di Pertuan Agong(YDPA), memperkenankan gabungan baharu untuk membentuk kerajaan pusat iaitu Pakatan Harapan dan Barisan Nasional serta diikuti oleh parti yang sedang mengetuai kerajaan Sabah dan Sarawak ketika itu.

Khazan tahu tiada gabungan parti politik yang terpinggir atau dipinggirkan oleh YDPA di dalam proses rundingan yang diusahakan sendiri oleh YDPA.

Khazan perlu merujuk kepada kenyataan Dato Sri Azalina binti Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri(Undang-Undang &Reformasi Institusi) bahawa pihak Perikatan Nasional tidak cermat apabila dengan sengaja mengelirukan rakyat di dalam ceramah politik mereka berkenaan keputusan pilihanraya di enam buah negeri mampu merubah kedudukan kerajaan persekutuan. Malah turut menegaskan fungsi pilihanraya umum untuk memilih ahli parlimen dan pilihanraya negeri untuk memilih Adun amat berbeza.

Jumlah kerusi majoriti 2/3 (148 kerusi) yang diperolehi oleh Kerajaan Perpaduan dan jika UMNO BN (30 kerusi) mengambil keputusan keluar dari kerajaan pusat maka Kerajaan Perpaduan masih mempunyai jumlah majoriti di parlimen.

Khazan sebenarnya mungkin sudah tahu beliau akan kalah di tangan calon BN di Seberang Takir itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *