December 18, 2024

SALASIAH DESA ketika berucap pada Majlis Selawat & Marhaban Cawangan Kampung Melayu Sri Kundang, petang tadi.

Oleh ROHANA MAN

KUANG – Jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) semakin rancak bergerak ke seluruh pelosok kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.13 Kuang sejak seminggu lalu.

Kedua-dua gabungan kerjasama itu dilihat saling membantu dalam memastikan jadual aktiviti yang disusun dari pukul 8 pagi sehingga tengah malam setiap hari berjalan lancar.

Antara jentera PH paling aktif membantu kempen calon BN yang bertanding tiga penjuru di DUN N.13 Kuang, Datuk Hasnal Rezua Merican adalah jentera Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ketua Wanita PKR Cabang Selayang, Salasiah Desa berkata, apabila kita masuk sahaja gelanggang pilihan raya, semua calon yang bertanding, hanya ada satu niat iaitu nak menang.

Soalnya, macam mana nak menang?

“Seperti yang Datuk (Hasnal Rezua) cakap tadi, kita harus santuni semua peringkat rakyat,” katanya ketika berucap pada Program Selawat dan Marhaban @ Wanita Cawangan Kampung Melayu Sri Kundang petang tadi.

Beliau menambah :

“Datuk jangan risau kerana kami sudah lama santuni rakyat di Kuang sejak 2008. Jadi, kami akan terus santuni rakyat melalui pelbagai program yang diadakan,”.

Mengulas lanjut, katanya, jentera PH akan menyantuni ketua-ketua kampung dalam DUN Kuang untuk menyakinkan mereka bahawa Hasnal Rezua adalah calon paling layak untuk meneruskan agenda pembangunan seluruh kawasan dalam DUN Kuang.

“Kita ada ketua-ketua kampung. Di bawah saya sahaja, ada tujuh ketua kampung tradisi dan dua kampung Cina iaitu Kampung Baru Kundang dan Kampung Baru Kuang Stesen.

“Ini yang akan membantu Datuk (Hasnal Rezua). Insya-Allah…,Datuk akan kita angkat pada 13 Ogos nanti sebagai wakil rakyat Kuang,” tambahnya.

Selain itu, katanya, jentera PH juga ada lantikan Pusat Wanita Berjaya (PWB) yang akan membantu program menyantuni golongan wanita dalam DUN Kuang.

“Kita juga ada dua Ahli Majlis yang akan membantu untuk menguruskan infrastruktur. Kita ada zon 18 di Tasik Puteri dan Zon 19 di Kuang.

“Kalau kita bekerja dalam satu pasukan, matlamat kita sebagai kerajaan perpaduan mudah dicapai.

“Semoga pertemuan hari ini dapat menjalin ukhuwah yang lebih rapat untuk memenangkan calon kita, sekali gus membawa suara kita ke sidang DUN nanti,” tambah Salasiah.

PRN15 #PRNSelangor #Kuang #N13 #TetapSayang #HRM #Perpaduanready #kitaselangor #DemiKestabilan #DemiKemakmuran #Hasnal #HasnalKuang #CalonNo1 #HasnalSatu #HRM1 #SuaraKuang #KuangKuSayang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *