December 18, 2024

DATUK DR. ASYRAF WAJDI DUSUKI ketika berucap pada Majlis Santai Bersama Dr. Asyraf Wajdi di Kampung Setia, Kuang, petang semalam.

Oleh ROHANA MAN

KUANG – Ketua UMNO Bahagian Selayang, Datuk Hasnal Rezua Merican,53, layak dinobatkan sebagai calon paling bersih tanpa sebarang kes yang boleh menggugat peluangnya untuk menang kerusi DUN N.13 Kuang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor, 12 Ogos ini.

Ini dapat dibuktikan daripada maklumat yang dikongsi Setiausaha Agung UMNO Malaysia, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki pada majlis Santai Bersama Dr. Asyraf Wajdi di Kampung Setia dekat sini, petang semalam.

Pada majlis santai yang dihadiri jentera pilihan raya BN-PH bagi membantu Hasnal Rezua menang kerusi yang menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon BN, PN dan bebas itu, Asyraf berkata pimpinan tertinggi UMNO Pusat membuat keputusan memilih Hasnal Rezua sebagai calon DUN N.13 Kuang selepas kesemua tapisan ketat yang dilaluinya berjaya ditempuh tanpa masalah.

Menurutnya, empat tapisan itu melibatkan semakan fail Polis Diraja Malaysia (PDRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Mahkamah Syariah.

Asyraf berkata, tapisan ketat itu dilakukan bagi memastikan calon bersih daripada pelbagai aspek demi memelihara intergriti.

“Saya percaya apabila Datuk Hasnal menawarkan diri, beliau tahu dirinya benar-benar bersih dalam pelbagai aspek.

“Justeru, kami di peringkat pusat membuat semakan untuk melihat semua aspek, sama ada layak atau tidak diangkat sebagai calon pilihan raya,” katanya.

Hasnal Rezua yang turut menghadiri majlis santai itu menerima tepukan gemuruh hadirin sebaik sahaja Asyraf memaklumkan perkara tersebut.

Turut hadir pada majlis itu Ketua Wanita PKR Cabang Selayang, Salasiah Desa, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Selayang, Shah Zanuriman Nuar Paras Khan, Ketua Wanita UMNO Bahagian Selayang, Datin Reny Rahayu Mohd Ishak dan Ketua Wanita UMNO Cawangan Kuang Selatan, Rohaya Mahamod.

Dalam pada itu, Asyraf memaklumkan bahawa ketua bahagian dan pemimpin UMNO peringkat negeri turut mencadangkan beberapa nama untuk dipilih sebagai calon.

“Benar, ketua bahagian letak beberapa nama…,negeri juga letak beberapa nama. Di peringkat pusat, kami terima semua nama,” katanya.

Menurutnya, nama-nama calon yang diterima itu kemudian ditapis ketat untuk menyemak sama ada mereka mempunyai kes polis, tunggakan cukai, rasuah dan syariah.

“Tapisan dengan polis, kita nak tengok ada rekod jenayah tak? Tapisan dengan LHDN, kita nak tengok ada cukai tak berbayar tak?. Tapisan dengan SPRM, kita nak tengok, ada tak kes-kes yang kita terlepas pandang.

“Akhir sekali iaitu yang keempat, tapisan dengan Mahkamah Syariah. Ada atau tidak ada.

“Kita tapis Mahkamah Syariah sebab takut ada calon mempunyai kes syariah yang tertunggak.

“Ehhhh…,jangan. Ini serius, sebab ada calon yang disenarai di peringkat awal…, bila kita check LHDN, dia lepas; SPRM dia lepas; polis pun tak ada isu.

“Tapi Mahkamah Syariah, dia sangkut. Sangkut apa? Rupa-rupanya, dia kahwin di Siam. Selepas itu, dia tak bayar nafkah isteri dan anak.

“Masuk sahaja kes mahkamah, kita reject. Ini kita putuskan sebab kita tidak mahu menampilkan orang-orang yang ada masalah integriti.

“Nak kahwin…gentlemenlah. Bagi tahu isteri walaupun susah nak minta izin,” katanya disambut gelak ketawa hadirin.

#PRN15 #PRNSelangor #Kuang #N13 #TetapSayang #HRM #Perpaduanready #kitaselangor #DemiKestabilan #DemiKemakmuran #Hasnal #HasnalKuang #CalonNo1 #HasnalSatu #HRM1 #SuaraKuang #KuangKuSayang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *