November 17, 2024

Oleh Shah Midzam

Contoh UMNO itu merah, dan DAP, katakanlah, kuning.

Apabila dua warna ini bercampur, ia akan menghasilkan warna yang lain.

Begitulah dalam politik. Perubahan akan sentiasa berlaku untuk menyesuaikan diri dengan keadaan semasa.

DAP dahulu, untuk meraih sokongan orang-orang Cina, mereka memainkan isu-isu bangsa Cina. Begitu juga UMNO dengan isu-isu Melayu dan Islam.

Apabila mereka bersama, sudah tentu mereka tidak akan memainkan isu itu lagi.

Jadi, berkuranganlah isu-isu perkauman yang selama ini membakar keharmonian negara.

Maka sekarang, pesaing DAP, contoh Gerakan, akan mengambil alih tempat DAP, dengan cuba menjuarai isu-isu bangsa Cina.

Dan pesaing UMNO, seperti PPBM dan PAS, akan memainkan isu-isu Melayu dan Islam.

Semua ini untuk meraih sokongan semata-mata. Hasilnya ia hanya memporak-perandakan kestabilan negara, sedangkan ia cuma modal politik.

Apa yang ingin disampaikan, berhentilah jadi mangsa politik.

Tak perlulah percaya semua ini. Kita telah melalui dan melihat sejarah UMNO vs DAP.

Apa yang lebih penting sekarang, realiti sebenar, adalah kestabilan negara.

Tanpa kestabilan, satu apa pun tidak akan tercapai.

Cukup-cukuplah berpolitik dengan isu-isu perkauman, kerana kita sendiri telah melihat UMNO dan DAP boleh berlawan dan berkawan.

Melayu, Cina, India, tidak kiralah apa kaum lagi, berikanlah sokongan kepada BNPH pada PRN ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *