December 18, 2024

Menurut sumber malam tadi calon Pas bagi kerusi Dun Kemasik, Saiful Azmi nampaknya masih cuba tegakkan benang yang lencun.

Tambah sumber, salah seorang penceramah Pas adalah Datuk Faris, seorang peguam. Beliau membuat tohmahan terhadap calon BN Kemasik kononnya terlibat di dalam isu keributan rumahtangga Saiful dengan isteri keduanya, Ezza Suria Muda.

Agak memalukan apabila seorang pengamal undang-undang tidak melihat kes ini secara menyeluruh. Sepatutnya meletakkan subjek utama iaitu:-

  1. Perkahwinan Saiful dan Ezza yang berlaku di Golok, Thailand dan sehingga ke hari ini tidak didaftarkan di mana-mana negeri di Malaysia termasuk Terengganu.
  2. Perkahwinan Saiful-Ezza yang jelas melanggari undang-undang keluarga Islam Terengganu iaitu Saiful perlu mendapatkan keizinan isteri pertama.
  3. Saiful meninggalkan Ezza yang masih sah sebagai isterinya selama 8 bulan dan mengelak untuk bertemu dengan Ezza setelah isteri pertama tahu akan perkahwinan ini.
  4. Sepanjang perkahwinan, Saiful hanya memberi nafkah belanja sekali sahaja.
  5. Saiful mendakwa menceraikan Ezza dengan talaq tiga di hadapan saksi bernama ‘Ramzan’ dan tarikh yang tertulis di LOD peguam Saiful adalah salah dan ‘Ramzan’ mengaku tidak mengetahuinya dan mengaku tidak terlibat.
  6. Saiful menceraikan Ezza tanpa dokumen yang sah dan saksi diragui.

Peguam Saiful juga tidak menjawab:-

  1. Isu dakwan Ezza tentang perbuatan jenayah Saiful membuat tuntutan palsu terhadap program Penjana-Socso dengan menggunakan syarikat adik Saiful yang tidak layak.
  2. Dakwaan Ezza tentang perbuatan menipu tuntutan ini telah disiasat oleh SPRM.
  3. Dakwaan Ezza tentang penipuan dengan menggunakan nama-nama kononnya pekerja syarikat adik Saiful yang mana ada di antaranya adalah OKU dan ibu tunggal yang tidak tahu nama mereka digunakan.
  4. Dakwan Ezza tentang wang yang diterima dari Penjana-Socso dialihkan ke akaun syarikat Ezza dengan tujuan untuk membina markaz Pas Kemasek sedangkan wang tersebut adalah untuk bayaran gaji pekerja yang terkesan dengan covid19.

Peguam atau penceramah dan termasuk Saiful gagal:-

  1. Menyangkal dakwaan Ezza berhubung skandal seks mereka ketika Ezza masih isteri orang dan di dalam edah.
  2. Menafikan tempat atau hotel berlakunya pertemuan dan tempat melakukan hubungan terlarang/zina
  3. Menafikan antara saksi segala perbuatan Saiful dan Ezza adalah pemandu peribadi Saiful.

Selebihnya penceramah termasuk Saiful gagal menepis dakwaan Ezza seperti yang terkandung di dalam surat akuan bersumpah Ezza.


Penceramah hanya menumpukan kepada format surat akuan bersumpah dan membuat tuduhan liar kononnya keterlibatan Dato Seri Ahmad Said di dalam isu antara Saiful dan Ezza.

Penceramah tidak sepatutnya menyisihkan isi kandungan akuan bersumpah tersebut dan bukan juga seronok bercerita tentang membuat aduan di Putrajaya seolah ianya bukti Saiful sudah dibersihkan.

Lihat kepada isu pokok dan bukannya berlumba menutup dosa dengan daun kering.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *