December 18, 2024

Pengundi Dun Kemasik tolak calon kaki ganggu rumahtangga orang. Ini kajiselidik:

Pendedahan wanita bernama Ezza Suria melalui surat akuan bersumpah serta rakaman suara sumpah laknatnya yang dihantar dan beliau yakin didengari oleh Presiden Pas menyebabkan majoriti pengundi Dun Kemasik faham situasi sebenar isu moral melibatkan calon Pas bagi Dun Kemasik.

Rata-rata penyokong Pas Dun Kemasik simpati kepada nasib Ezza yang dikatakan terlanjur dengan calon Pas Kemasik, Saiful. Selepas terlanjur beberapa kali, mereka bernikah di Golok Thailand dan akhirnya dicerai talaq 3 di hadapan orang lain dan bukan dilafaz kepada Ezza secara langsung.

“Dalam facebook copy paste hadis tentang macam-macam tapi perangai buruk dan munafik” kata penyokong Pas yang hanya ingin dikenali sebagai Pok Teh Amat.

Anak muda Kemasik juga persoalkan kenapa Saiful yang berjawatan YB ketika itu melanggar undang-undang Islam Terengganu apabila bernikah tanpa kebenaran isteri pertama dan tidak mendaftar pernikahannya di Terengganu? “Nikah sembunyi-sembunyi, cerai kecoh-kecoh” katanya.

“Pejabat Agama tidak ambil tindakan ke, beliau tu wakil rakyat” katanya lagi.

Juga mengejutkan pengakuan Ezza bahawa isteri Saiful sebarkan video intim Ezza bersama suaminya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *