September 20, 2024

“Lebih sudu dari kuah”, itulah fenomena Pas dalam kempen meraih undi dari Melayu dan Bumiputra pada pilihanraya 6 negeri kali ini. Tiba-tiba Pas menjadi lebih Melayu dari “Isle”.

Jika dahulu, pelbagai hujah ulama politik Pas mengeluarkan hadis dan quran sebagai dalil kononnya UMNO BN sesat kerana perjuangan bersifat assobiyah apabila menjadikan ‘kaum’ sebagai teras perjuangan.

Hilang kopiah, hilang serban dan tertanggal jubah. Dulu kutuk UMNO BN kerana memperjuangkan nasib Melayu kini rata-rata calon Pas mula terpaksa memakai tanjak demi undi. Ke hulu ke hilir bertanjak seolah merekalah Melayu sejati.

Pas cuba menutup kebenaran bahawa UMNO adalah parti yang mendaulatkan Islam dan menjaga bangsa Melayu serta bumiputra tanpa meminggirkan bangsa lain termasuk di Sabah dan Sarawak.

Siapa yang memperkenalkan perbankan Islam kalau bukan UMNO BN.

Siapa yang membuat dasar supaya keistimewaan Melayu terjaga jika bukan UMNO BN.

Dan banyak lagi dasar yang dibuat oleh UMNO BN semasa menjadi kerajaan pusat untuk menjaga hak dan kepentingan Islam, Melayu dan Bumiputra.

Siapa yang ingin hapuskan hak dan keistimewaan Melayu dan Bumiputra?

Benarkah PAS pernah berikrar di hadapan persatuan Cina di Terengganu bahawa PAS akan menghapuskan hak istimewa orang Melayu jika PAS berkuasa?

Apa pula kata arwah Nik Aziz?
“Tiada istilah ketuanan Melayu atau kelebihan terhadap satu bangsa ditekankan di dalam Islam”

Dan banyak lagi kenyataan pemimpin Pas yang meremehkan perjuangan bangsa Melayu.

Hari ini, Pas tiba-tiba seolah baru keluar dari gua dan mula bertempik melaungkan Melayu Melayu Melayu di setiap ceramah politik mereka.

Perjuangan hudud sudah hilang
Perjuangan negara berkebajikan sudah lenyap
Kepimpinan Ulamak hanya wayang, Sanusi di Kedah, Samsuri di Terengganu dan Mohd Shukri di Perlis, mereka Menteri Besar Pas dan mereka bukan ulama.

Pengundi jangan tertipu!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *