September 19, 2024

Oleh Shah Midzam

Apa yang anda fikir dan mahu lagi?

Bagi yang mempercayai kehidupan selepas mati, tentulah fikirkan persiapan menghadapinya.

Kemudian, apa lagi?

Tentulah fikirkan nasib anak-anak cucu yang bakal ditinggalkan kelak.

Perkara kedua inilah faktor-faktor yang menyebabkan Mahathir terus meracau dalam politik negara.

Beliau risaukan masa depan anak-anak cucunya jika negara diperintah oleh musuh peribadinya. Beliau risau segala empayar kekayaan keluarganya yang dibinanya ranap.

Seboleh-bolehnya beliau mahu menjamin dan meletakkan anaknya (Mukhriz) di landasan yang mudah menjadi PM suatu ketika nanti.

Jadi, jangan percayalah jika Mahathir bercakap pasal Melayu, rakyat atau negara.

Itu semua hanya perhiasan politik beliau. Yang sebenarnya beliau hanya memperjuangkan kepentingan dan masa depan anak-anak cucunya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *