September 19, 2024

Oleh Fatima

PILIHAN Raya Umum ke 15 yang lalu membongkar kesalahan rasuah secara berleluasa diamalkan oleh parti PAS dengan tersebarnya beberapa video dan bukti-bukti bergambar. Hari ini PAS melalui Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yakob berkata perkhidmatan bas percuma tidak dibatalkan kerana kerajaan negeri sudah berjanji kepada rakyat dan ia bukan bertujuan membeli undi, sebaliknya tanggungjawab negeri bagi membantu pelajar kekurangan wang untuk pulang mengundi.

“Sekiranya kemudahan pengangkutan pulang mengundi ini diberikan secara wajar dan tidak melibatkan tindakan penyuapan atau manipulasi, umumnya ia tidak dianggap sebagai rasuah. Namun, jika terdapat bukti atau petunjuk adanya tindakan yang melanggar undang-undang atau menunjukkan penyalahgunaan proses pilihan raya, perkara tersebut perlu disiasat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” jelas Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim.

Kerajaan PAS Kelantan meneruskan perkhidmatan bas percuma bagi membawa pelajar universiti pulang mengundi pada 12 Ogos ini, walaupun timbul kebimbangan seperti disuarakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Persoalannya bolehkah parti yang bergelumang dengan isu merasuah pengundi secara berskala besar itu tidak melakukan kesalahan tersebut ketika membawa pengundi Mahasiswa pulang ke Kelantan?

Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki menasihatkan perkhidmatan bas percuma tidak menawarkan untuk membawa pengundi pulang. Perkhidmatan bas percuma yang ditawarkan calon atau parti politik akan menimbulkan persoalan kerana ada “perkara boleh berlaku dalam bas yang kita tidak akan tahu”.

PAS dilihat cuba menghalalkan perancangan mereka dengan menggunakan alasan Zahid mengumumkan geran untuk belia di Terengganu dan menggesa mereka mengundi “gelombang biru dan merah” pada PRN yang akan berlangsung pada 12 Ogos ini. Adakah ini bermakna PAS akan mengunakan alasan ini sebagai lesen besar melakukan rasuah kepada pengundi?

Untuk makluman, Azam Baki memberitahu bahawa geran RM350,000 yang diumumkan Zahid kepada belia Terengganu tidak menyalahi undang-undang atau berunsur rasuah kerana sebagai kerajaan memerintah, Putrajaya berhak memberi inisiatif yang difikirkan wajar kepada rakyat.

Apa saja yang ikut selera PAS itu halalkah?

PAS bukan agama

Islam itu bukan PAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *