December 18, 2024

Georgetown: Polis mengesahkan menerima laporan berhubung video tular yang memaparkan seorang wanita dipukul di tangga di sini.

Laporan diterima daripada seorang lelaki pada Ahad lalu yang mendakwa wanita dalam video itu adalah anak perempuannya. 

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, lelaki itu mendakwa anaknya keluar dari bandar ini sejak Disember tahun lalu berikutan masalah keluarga. 

Katanya, sejak itu mangsa yang berusia 24 tahun tidak pulang ke rumah dan tidak dapat dihubungi keluarga. 

“Sehingga kini, tidak dapat dipastikan kedudukan atau lokasi keberadaan mangsa. 

“Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan atas kesalahan merusuh dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya menerusi kenyataan, hari ini. 

Terdahulu, video berdurasi lima minit dan 31 minit memaparkan wanita terbabit dipukul berkali-kali di kawasan tangga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *