December 18, 2024
TINDAKAN penyokong Perikatan Nasional mengejek Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di bangunan Majlis Perbandaran Selayang pagi tadi amat dikesali.

Oleh LILY JASMINE

SELAYANG – Tindakan penyokong Perikatan Nasional (PN) yang terjerit-jerit menyuruh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim balik ketika beliau berada di bangunan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) pagi tadi amat biadap.

Kejadian tersebut berlaku sebaik sahaja Anwar keluar dari kereta yang dinaikinya dan berjalan ke arah penyokong Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) yang berkumpul di hadapan pintu masuk bangunan MPS kira-kira pukul 10 pagi tadi.

Selain menjerit-jerit melaungkan perkataan balik, penyokong PN yang berkumpul di seberang jalan di hadapan bangunan tersebut turut menyindir Anwar dengan menyanyikan sebahagian lagu Ayuh Malaysia iaitu hoi … hoi..ya hoi.

Tanpa mempedulikan jeritan biadap itu, Anwar yang hadir di pusat penamaan calon di bangunan MPS kelihatan tenang menghampiri penyokong PH dan BN sambil bertanya khabar.

Kehadiran Anwar yang hanya sekejab itu sekadar untuk memberi sokongan kepada dua calon PH yang bertanding merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.14 Rawang (Chua Wei Kiat), DUN N.15 Taman Templer (Anfaal Saari) dan calon BN yang bertanding di DUN N.13 Kuang, Datuk Hasnal Rezua Merican Habib Merican.

DUN N.14 Rawang menyaksikan pertembungan dua penjuru (PH dan PN), manakala masing-masing tiga penjuru di DUN N.15 Taman Templer (PH, PN dan Muda) serta DUN N.13 Kuang (BN, PN dan Bebas).

Dalam pada itu, ruang komen video yang dikongsi Shirul74 dalam Tik Tok dipenuhi dengan rasa kesal warga maya terhadap sikap biadap tersebut.

Hampir 80 peratus mengecam tindakan tidak profesional penyokong PN itu.

Antara komen yang dipaparkan adalah seperti berikut:

Nosa : “Melampau biadap, harap pdrm tegas.

Zuraakapgshkalee: “biadap sungguh PN ni…

User5604909265413 :
“pdrm kutip terus ler…kurang ajar biadap terhadap pmx”

Ros :”memang sampai mati kan…biadap”

Zar Een Kama : “level low class…bio rakyat tgk dn nilai sendiri perangai depa dn pengikut2 depa…anak sapa la ni…ermmm”

Mama : “dah nk lingkup lah tu..sbb tu penyokong2 PN meroyan, malu ada penyokong biadap mcm ni,”

PRNSelangor

Kuang

N13

TetapSayang

HRM

Perpaduanready

kitaselangor

DemiKestabilan

DemiKemakmuran

Hasnal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *