December 18, 2024

Pada pilihanraya umum ke-15 yang lalu, parti Pakatan Harapan muncul sebagai gabungan parti yang terbanyak memenangi kerusi parlimen dan diikuti oleh Perikatan Nasional dan Barisan Nasional.

Hakikatnya tiada parti yang memperolehi majoriti mudah iaitu 112 kerusi. Akhirnya setelah selesai ketua-ketua parti politik mengadap Duli Yang Mulia Yang di Pertuan Agong(YDPA), akhirnya baginda Tuanku memperkenankan gabungan baharu untuk membentuk kerajaan pusat iaitu Pakatan Harapan dan Barisan Nasional serta diikuti oleh parti yang sedang mengetuai kerajaan Sabah dan Sarawak ketika itu.

Tiada gabungan parti politik yang terpinggir atau dipinggirkan oleh YDPA di dalam proses rundingan yang diusahakan sendiri oleh YDPA.

Akhirnya terbentuklah Kerajaan Perpaduan yang juga dikenali sebagai Kerajaan Madani. Pihak Perikatan Nasional perju jujur bahawa mereka menolak tawaran pembentukan kerajaan pusat ini kerana dikatakan tidak bersetuju dengan Anwar sebagai Perdana Menteri.

Menurut Dato Sri Azalina binti Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri(Undang-Undang &Reformasi Institusi), pihak Perikatan Nasional tidak cermat apabila dengan sengaja mengelirukan rakyat di dalam ceramah politik mereka bahawa keputusan pilihanraya di enam buah negeri mampu merubah kedudukan kerajaan persekutuan.

DS Azalina yang juga Ketua Penerangan UMNO Malaysia menegaskan fungsi pilihanraya umum untuk memilih ahli parlimen dan pilihanraya negeri untuk memilih Adun amat berbeza.

Beliau menjelaskan jumlah kerusi majoriti 2/3 (148 kerusi) yang diperolehi oleh Kerajaan Perpaduan dan jika UMNO BN (30 kerusi) mengambil keputusan keluar dari kerajaan pusat maka Kerajaan Perpaduan masih mempunyai jumlah majoriti di parlimen.

Malah pihak anti Kerajaan Perpaduan juga cuba memfitnah kerajaan Sabah dan Sarawak kononnya akan menolak kerajaan Perpaduan sekiranya gabungan parti di dalam Kerajaan Madani kalah teruk di pilihanraya enam negeri pada 12 Ogos 2023 nanti.

Hari ini di penamaan calon Selangor, kelihatan Anwar dan pemimpin tertinggi dari Sabah dan Sarawak mengiringi calon BN di beberapa Dun.

Modal memggunakan keputusan pilihanraya negeri adalah bahan yang tidak sepatutnya digunakan kerana itu adalah harapan palsu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *