October 18, 2024

Penyatuan Dari Kepelbagaian – Hasnal Calon BN Dun Kuang

“Mana mungkin kita hanya boleh bawa hanya kelompok kita beramai-ramai, dikumpul gerombolan demi gerombolan orang kita nak memimpin semata-mata.

Tidak mungkin kita boleh bersetuju dengan formula itu saya nak ingatkan tuan puan daripada UMNO, kita semua adalah waris daripada Parti Perikatan dan Barisan Nasional.

Perikatan(Bukan PN) dan Barisan Nasional tidak pernah menubuhkan super Malay parti untuk mentadbir sorang-sorang, kita sentiasa mentadbir negara ini dengan semua rakan-rakan dari semua kaum termasuk kawan-kawan daripada Sabah dan Sarawak, itulah formula yang dipakai oleh Kerajaan Perpaduan, kita bersama dengan Kerajaan Perpaduan, kita percaya kepada penyatuan dalam pelbagaian”

Dato’ Hasnal Rezua Merican bin Habib Merican adalah Ketua UMNO Bahagian Selayang. Beliau seorang peguam bela dan peguam cara dan juga Pesuruhjaya Suhakam.

Hasnal sangat aktif dalam melakukan kerja-kerja kemasyarakatan dan sering kali turut memberikan khidmat nasihat undang-undang kepada yang memerlukan.

Menurut Menteri Besar Selangor, beliau mengenali Hasnal sejak beliau berumur 20an lagi. Dato Seri Amirudin Shari mengatakan bahawa Calon BN Kuang, Dato Hasnal adalah sorang pejuang dan seorang peguam yang mempertahankan undang-undang. Menteri Besar Selangor yakin jika Hasnal diberi peluang menjadi wakil rakyat di Kuang, Hasnal akan menjadi wakil rakyat yang baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *