Malam tadi Pas Terengganu melancarkan manifestonya bersama dengan pengumuman nama calon-calon yang akan bertanding pada PRN kali ini.
10 janji Pas Terengganu dan rata-rata penyokong yang hadir dari pelusuk daerah Terengganu melahirkan rasa kecewa kerana manifesto tersebut ‘kabur’, tidak jelas contohnya pembinaan Masjid Bandar yang baharu. Apa kena mengena masjid bandar dengan kehidupan keseluruhan rakyat Terengganu? Selama 5 tahun yang lepas, sebuah masjid pun Kerajaan Pas Terengganu tidak bina.
Pulangkan tanah rakyat yang dibeli oleh entiti Pas dengan kadar harga ‘individu daif’ adalah janji yang terbaik kerana isu pemilikan tanah milik rakyat ini sudah menjadi skandal dan ada yang telah disiasat SPRM. Ini kehendak penyokong tegar Pas Terengganu.
Terkini, ada lagi tanah milik rakyat yang didedahkan. Kali ini seluas 31 ekar di Marang dengan harga pasaran semasa hampir RM7 juta. Berapa pula harga yang entiti Pas beli?
Timbul tandatanya, berapa banyak lagi tanah bakal dimiliki olej Pas Terengganu melalui Kerajaan Negeri dengan proses penjualan kategori harga ‘individu miskin tegar’?
Janji yang ditaburkan hanya untuk mengaburi skandal pembelian tanah milik rakyat dengan harga jauh di bawah nilai pasaran.
10 janji Pas Terengganu, tiada satu pun menyebut integriti, ‘good governance’ dan manfaat menyeluruh kepada semua lapisa rakyat.
Membeli tanah milik rakyat dengan cara menidak dan mengambil hak rakyat itu “BEST”?