“Kalau tak faham lagi tak apa, kita ada sebulan lebih lagi untuk kita hadam, untuk kita syarah di seluruh negeri Terengganu” – Samsuri, Menteri Besar Pas Terengganu ketika membentangkan manifesto Pas Terengganu malam tadi.
Jika meneliti pencerahan ringkas berhubung janji pembinaan masjid adalah bersifat Masjid Negeri yang baharu yang di lengkapi dengan kemudahan riadah, ekonomi, rekreasi, pendidikan, sosial, komuniti, sukan dan kebajikan.
Persoalannya, berapa buah masjid, berapa pula jumlah peruntukan dan jika dibina di bandar maka apa manfaat untuk seluruh rakyat Terengganu dari pelbagai latarbelakang? Adakah orang kampung perlu datang ke masjid ini untuk memohon dan mengambil bantuan?
Malah sebesar mana saiz tanah yang perlu disediakan untuk menjadikannya satu kompleks pentadbiran dan kemungkinan wujud pertindihan fungsi. Atau ini satu bentuk markaz untuk kepentingan politik Pas? Apa fungsi pejabat sukan, rekreasi, pejabat kebajikan negeri dan seumpamanya jika pentadbiran dipindahkan ke ‘masjid township’ ini?
Masjid Kristal yang menjadi tumpuan pelancung dari dalam dan luar negeri sepatutnya diberikan keutamaan dari segi baikpulih dan sebagainya serta masjid-masjid di kampung yang sudah uzur.
Selama 5 tahun Pas memerintah Terengganu, kenapa baru sekarang timbul idea untuk bina masjid berskala besar ini? Ada wujud unsur ‘money laundring’?
Belum lagi isu peluang pekerjaan.