December 19, 2024

Oleh Ibnu

Menjelang hari penamaan calon esok untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) yang berlangsung di enam negeri iaitu Selangor, Kedah, Negeri Sembilan, Terengganu, Kelantan dan Pulau Pinang pasti tumpuan isu di setiap negeri berbeza.

Bagi parti-parti yang ada yang sudah merancang untuk bertanding kali ini, semestinya dalam radar perancangan manifesto mereka ada isu apa yang mereka hendak beri perhatian untuk diselesaikan.

Bagi negeri yang sentiasa jadi tumpuan jika ada pilihan raya iaitu Selangor, kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N13 Kuang, ada satu isu yang dilihat terbuka untuk direbut untuk satu penyelesaian oleh parti yang bertanding.

Isunya ialah kesesakan lalu lintas dan ia sudah berlarutan selama puluhan tahun melibatkan penduduk di situ.

Masalahnya ialah Jalan Melati yang ada dalam kawasan DUN berkenaan sudah terlalu sesak dan ia membahayakan pengguna jalan raya kerana kenderaan yang melaluinya setiap hari amat banyak dan ada kenderaan berat.

Sepanjang jalan itu juga ada sekolah dan murid sekolah melintas jalan berkenaan setiap hari mengundang risiko jika berlaku apa-apa kejadian yang tidak diingini.

Melalui carian yang dibuat di internet, masalah itu sudah membelenggu penduduk kawasan berkenaan sejak 2014.

Pada 10 Januari 2021, seorang jurutera elektrik maut apabila digilis sebuah lori yang membawa muatan tanah selepas motosikal ditunggangnya terbabit dalam kemalangan membabitkan enam kenderaan di Lorong Melati, jalan Sungai Buloh menghala ke Kuang.

Dalam kempen PRN di Selangor nanti, isu ini pasti hangat menjadi tumpuan yang akan diberikan oleh parti yang bertanding demi kepentingan penduduk di kawasanoo Kuang yang sudah lama hidup dalam kesesakan jalan raya.

Tinjauan hari ini mendapati, masalah bermula apabila di jalan di Bukit Rahman Putra di Sungai Buloh yang tiba-tiba menjadi kecil untuk menghala ke Kuang membuatkan kenderaan yang banyak melaluinya bergerak perlahan kerana laluan yang menjadi sempit.

Lori besar, kereta yang banyak, motosikal yang menderu melalui jalan sempit dua hala itu begitu menyesakkan mata dan membawa risiko kepada mereka yang berjalan kaki setiap hari.

Pada 2014, ADUN Kuang dari Barisan Nasional (BN) Abdul Shukur Idrus mahu masalah kesesakan lalu lintas itu diselesaikan.

Ketika itu, beliau berkata persimpangan jalan utama Kuang, Kundang dan Bukit Rahman Putra terlalu sesak terutama ketika waktu puncak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *