September 19, 2024

KEGENTARAN Perikatan Nasional terhadap calon Barisan Nasional (BN) DUN Kuang, Datuk Hasnal Rezua Merican Habib Merican dilihat menjadi punca beliau didesak melepaskan jawatan pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

Tindakan tersebut sekadar memberi tekanan terhadap Hasnal dalam usaha menjejaskan kredibiliti beliau.

Sebagaimana yang kita tahu, Hasnal merupakan seorang peguam. Kini beliau menjadi calon BN DUN Kuang untuk memberikan khidmat kepada rakyat dengan lebih menyeluruh. Hasnal yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Selayang dilahirkan pada 11 Jun 1970 dan kini berusia 53 tahun.

Dengan kematangan dan pengalaman beliau sebagai seorang Peguambela dan Peguamcara, Hasnal dilihat sebagai pemimpin terbaik untuk rakyat Kuang. Beliau yang merupakan graduan Sarjana Muda Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) juga ada memegang jawatan dalam Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA), Pertubuhan Seni Silat Lincah Kebangsaan dan Majlis Olimpik Malaysia.

Selama ini beliau amat rapat dan aktif dalam melakukan kerja-kerja kemasyarakatan dan sering kali turut memberikan khidmat nasihat undang-undang kepada yang memerlukan. Perkara tersebut hanya diketahui oleh penduduk Kuang kerana beliau merupakan seorang yang “low profile” dalam aktiviti kemasyarakatan beliau.

Oleh itu, pemilihan beliau sebagai calon BN DUN Kuang dilihat sebagai amat tepat dan disokong oleh parti di peringkat bahagian dan akar umbi.

Dalam isu desakan segelintir pihak agar beliau melepaskan jawatan dalam Suhakam, Hasnal mempersoalkan desakan itu yang dibuat berdasarkan andaian kononnya bakal ada campur tangan politik, sambil meminta pengkritiknya melihat rekodnya bertugas sejak memegang jawatan berkenaan untuk sesi 2022-2025, bermula Julai lalu.

Memetik sumber, Hasnal menegaskan, perkara itu diperbesarkan sejak pelantikannya dahulu dan pihak terbabit perlu melihat Seksyen 5 (3) Akta Suhakam 1999 yang menyebut anggota suruhanjaya hendaklah dalam kalangan seseorang dari latar belakang agama, politik dan berpengalaman dalam isu melibatkan hak asasi manusia.

Ogos lalu, Pesuruhjaya Suhakam Ragunath Kesavan ketika mengulas pelantikan Hasnal ke jawatan sama menjelaskan tiada halangan mana-mana individu mempunyai kaitan politik menyertai suruhanjaya itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *