September 19, 2024

Belum pun 24 jam dari masa pengumuman calon, sudah ada kain rentang tanda protes dinaikkan oleh ahli dan penyokong Perikatan Nasional bagi Dun Kuang, Selangor.

“Calon Wajib Anak Tempatan” dan “Tolak Calon Luar” adalah antara ‘banner protes’ yang dinaikkan di beberapa kawasan di Dun Kuang.

“Mengapa perlu bawa calon impot dari bahagian lain sedangkan di sini kami ada Ketua Bahagian PPBM yang layak menjadi calon” kata salah seorang ahli PPBM bahagian Selayang.

“Kenapa Ketua Bahagian PPBM Sungai Buluh datang bertanding di Dun Kuang dan bukannya di Dun kawasan sendiri iaitu Dun Paya Jaras?”

“Jika di tempat sendiri ditolak rakyat, bagaimana boleh menang di kawasan lain. Mungkin ada kes di kawasan sendiri” kata ahli PPBM itu lagi.

Untuk rekod, Mohd Rafiq Abdullah merupakan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM dan Ketua Bahagian PPBM Bahagian Sungai Buluh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *