September 20, 2024

Seperti yang dijangka Ketua Bahagian PPBM Selayang, Datuk Azman Yaacob tidak dicalonkan bagi Dun Kuang pada pilihanraya negeri Selangor ke-15 kerana ‘rekod peribadi yang tidak best’.

Jika dilihat kepada tradisi PPBM, calon untuk kerusi parlimen dan Dun kebiasaannya ditawarkan terlebih dahulu kepada Ketua Bahagian. “Rekod tidak best” itu terlalu umum. Ahli PPBM Bahagian Selayang inginkan penjelasan kenapa ketua bahagian mereka ditolak mentah-mentah pencalonannya.

Ahli PPBM Bahagian Selayang turut mempersoalkan kenapa Ketua Bahagian PPBM Sungai Buluh datang bertanding di Dun Kuang dan bukannya di Dun kawasan sendiri iaitu Dun Paya Jaras? Adakah kerana ditolak di kawasan sendiri?

Menurut sumber bilik gerakan lagi, Mohd Rafiq Abdullah merupakan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM dan mungkin mempunyai hak istimewa memilih untuk bertanding di mana sahaja dan berkemungkinan juga beliau merupakan seorang kontraktor atau jutawan.

Tambah sumber, beberapa bilik gerakan sudah mula ditutup.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *