November 21, 2024

Kerajaan Pas Terengganu gagal memahami bagaimana menggunakan sumber milik kerajaan untuk memberikan manfaat kepada rakyat tanpa mengharapkan atau menunggu bantuan dari kerajaan Pusat.

Adalah tidak adil bagi rakyat jika kerajaan Pas Terengganu asyik menggunakan alasan “kerajaan pusat lambat memberi bantuan atau tidak membantu”. Ini hanyalah alasan sedangkan pemimpin harus bersifat kreatif di dalam menyelesaikan masalah rakyat.

Kerajaan yang telus adalah kerajaan yang banyak memberi manfaat kepada rakyat dengan mengambil langkah perlu walaupun terpaksa menjual aset demi nasib rakyat terbela. Bukannya kerajaan yang menjual harta milik rakyat kepada parti politik mereka dengan harga yang terlalu murah malah terlalu jauh dari harga pasaran. Apa manfaat rakyat dapat dengan kerugian RM28 juta hasil dari ketamakan pemilikan harta rakyat demi keuntungan parti politik? Adakah parti politik melangkaui kepentingan rakyat?

Lihat kiraan kasar kerugian kerajaan negeri Terengganu akibat menjual tanah milik rakyat kepada entiti Pas dengan harga tidak masuk akal.

Tanah tapak Mahkamah Tinggi Terengganu, kerajaan negeri rugi RM28.8 juta

(Harga pasaran RM29.3 juta, jual kepada NGO Pas RM500k)

Tanah di Tok Adis, kerajaan negeri RM9.08 juta

(Harga Pasaran RM11.48 juta, jual kepada entiti Pas RM2.4 juta)

Tanah di Paka, kerajaan negeri rugi RM13.93 juta

(Harga pasaran RM14 juta, jual kepada entiti Pas RM70k)

Jika dicampur, kerajaan Pas Terengganu rugi RM51.810 juta

Apa manfaat yang rakyat dapat dan masalah yang boleh kerajaan Pas Terengganu selesaikan tanpa membuat pelbagai alasan termasuk tiada kecukupan dana jika tanah tersebut dijual dengan harga pasaran:-

1. Melahirkan 50-80 orang doktor pakar dari anak Terengganu melalui biasiswa khas, atau

2. Boleh membina rumah PPRT sebanyak 1150 buah dan diberi percuma kepada rakyat miskin, atau

3. Rumah Kos Rendah sebanyak 800 unit untuk golongan B40, atau

4. Bantuan awal kepada 51,000 orang Mahasiswa/wi dengan RM1000 setiap pelajar, atau

5. Bantuan laptop percuma sebanyak 35,000 unit kepada pelajar IPT, atau

6. Membina 10 buah masjid, atau

Mampu menyelesaikan pembayaran tertunggak;-

1. Elaun imam dan bilal terjaga tanpa tunggakan selama hampir 2 tahun, atau

2. Lebih 130,000 anak Terengganu di perantauan boleh menerima dana khas tanpa tertunggak.

Dan banyak lagi isu poket rakyat boleh diselesaikan mengikut keutamaan dengan adanya perolehan jualan tanah yang dibuat dengan betul tanpa kepentingan politik.

Itu baru 3 lot tanah yang dijual kepada entiti Pas. Bagaimana pula dengan tanah di Kuala Berang, Marang, Besut dan lain-lain?

Tunggu pendedahan seterusnya.

sumber : awokkiterchannel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *