December 24, 2024

Kerian: Terpedaya dengan sindiket wang kripto yang menjanjikan keuntungan RM1,000, seorang peniaga rugi RM870,000.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata pada 24 Jun lalu, lelaki berusia 54 tahun terbabit dihubungi wanita yang memaklumkan dirinya mendapat keuntungan besar dalam pelaburan mata wang kripto.

Menurutnya, mangsa terpedaya dan membuat pelaburan sebanyak RM 5,000 dan berjaya mendapatkan semula modal dan memperolehi keuntungan sebanyak RM 1,000. 

“Selepas mendapat keuntungan, suspek meminta mangsa melabur dalam jumlah yang lebih besar bagi memperolehi keuntungan yang tinggi.

“Mangsa yang terpedaya sekali lagi membuat beberapa traksaksi ke atas tiga akaun bank yang diberikan dengan nilai RM 870,000.

“Mangsa dijanjikan keuntungan RM1.5 juta dan suspek juga meminta bayaran proses sebanyak 30 peratus,” katanya dalam kenyataan media.

Namun mangsa merasa diri tertipu apabila tidak menerima sebarang bayaran dan tampil membuat laporan polis semalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *