December 18, 2024

Sebagai sebuah portal berita politik pro PAS, HarakahDaily tidak perlu tunjukkan reaksi ‘koyak’ apabila menjawab isu Pembelian 2 Lot Tanah Di Kuala Berang Terengganu oleh isteri kepada bekas wakil rakyat Pas di DUN tersebut.

Apa justifikasi yang perlu dinilai dari transaksi penjualan tanah milik kerajaan, PMINT kepada isteri wakil rakyat Pas tersebut?

  1. Bekas ADUN Kuala Berang, Dr Mamad Puteh yang juga bekas YB Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hjau Negeri Terengganu dan sebagai ahli lembaga pengarah PMINT ketika proses penjualan tersebut berlaku.

Sebagai ahli lembaga pengarah PMINT, Dr Mamad Puteh mempunyai akses yang bersifat maklumat awal(first hand information) yang boleh disalahguna untuk kepentingan peribadi.

  1. Tarikh iklan tanah berstatus komersial tersebut dengan tarikh pemilikan amat meragukan seolah iklan tersebut hanyalah bersifat formaliti dan untuk mengaburi mata rakyat dan sekali lagi dibimbangi terkait dengan salahguna kuasa kerana sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah PMINT, bekas wakil rakyat Pas mempunyai akses awalan terhadap info aset tersebut.
  2. Nilai harga pasaran semasa lot berstatus komersial, PMINT wajar dedahkan rujukan harga tanah komersial di Kuala Berang.

Justeru portal pro Pas tersebut perlu menjawab dengan fakta yang tepat dengan rujukan silang tatakelola dan salahguna kuasa dan bukannya jawapan bersifat politik.

Rakyat tidak mahu tahu kekayaan bekas wakil rakyat Pas tersebut sehinggakan mampu membeli segalanya tetapi rakyat ingin ketelusan bagaimana harta milik rakyat dijual.

SPRM boleh siasat samada wujud konflik salahguna kuasa berkepentingan peribadi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *