December 18, 2024

Rentetan dua isu tanah yang melibatkan isteri wakil Rakyat Pas.

Pertamanya Isteri kepada Menteri Besar Terengganu yang dikaitkan dengan kes Tanah Khairunnisa’ dan isteri kepada Adun Kuala Berang berikutan misteri 3 lot tanah yang asalnya milik PMINT yang kini sudah bertukar milik kepada isteri Adun berkenaan.

Adun Kuala Berang tersebut merupakan Ahli Lembaga Pengarah PMINT.

Untuk rekod kes tanah Khairunnisa’ sudah disiasat oleh SPRM dan khabarnya kertas siasatan SPRM sudah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara.

Manakala kes misteri tanah melibatkan PMINT dan isteri  Adun berkenaan diberitakan dalam proses untuk membulat laporan kepada SPRM.

Untuk perbandingan, bagaimana Khir Toyo iaitu bekas MB Selangor membeli hartanah milik persendirian dengan harga di bawah pasaran. Harga pasaran tanah berkenaan lebih kurang RM 6 juta tetapi beliau membeli tanah berkenaan hanya dengan harga lebih kurang RM 4 juta.

Transaksi ini diklasifikasikan sebagai satu kesalahan dan Khir Toyo telah dihukum penjara selama 12 bulan (sila rujuk kes). 

Sumber – Awok Kiter Channel

#tanah #Terengganu #PRN #PAS #isteri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *