December 18, 2024

Beberapa laporan sudah dibuat oleh UMNO Negeri Terengganu dan juga individu berkaitan salah laku (comflict of interest) kepimpinan kerajaan Pas Terengganu.

Sepertimana yang didedahkan Menteri Besar Terengganu dan barisan exco telah meluluskan sebidang tanah premium di dalam bandar Kuala Terengganu yang bersebelahan Balai Polis Negeri Terengganu.

Didedahkan juga nilai semasa tanah itu RM 29.3 juta dan premium RM 5.5 juta dimana Persatuan Isteri-Isteri Wakil Rakyat Pas Terengganu (Khairunisa) yang mana dipengerusikan oleh isteri MB Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.

Khairunisa hanya membayar premium tanah sebanyak RM 330 ribu sahaja dimana mendapat kelulusan dari barisan exco dan MB Pas Terengganu walaupun tidak mendapat persetujuan daripada Pendaftar Tanah Daerah Kuala Terengganu dan juga pihak PBT.

Dalam makluman MN, kes Samsuri dan 2 orang isteri YB telah berada dalam SENARAI untuk didakwa oleh SPRM? 

Kita sama-sama tunggu dan lihat mereka bersih atau tidak, yang mana PAS dibuktikan PAS melakukan rasuah dalam PRU 15 lalu di Parlimen Kuala Terengganu. 

Sumber : Malaysia Now

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *