December 18, 2024

Segamat: “Saya larang anak dan isteri naik motosikal bersama ke Bekok kerana berasa kurang selamat, namun tak sangka anak maut dalam bas dinaiki”.

Itu kata, Muniyandi Andy, 47, bapa kepada Eswaran Muniyandi, 10, yang maut dalam nahas sebuah bas henti-henti dengan sebuah lori tangki di Kilometer 138.3 Jalan Johor Bahru- Seremban di Bandar Chaah, hari ini.

Turut tercedera dalam kemalangan jam 7.30 pagi itu ialah isterinya M Kaladevi, 43.

Muniyandi berkata, anak dan isterinya menaiki bas ketika ingin pulang ke kediaman di Segamat setelah melawat kediaman saudara di Bekok.

“Saya pula menunggang motosikal sendirian kerana bimbangkan keselamatan.

“Namun, ada saudaranya memaklumkan mereka kemalangan bas di Chaah menyebabkan anak pergi selamanya,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Daerah Segamat (HDS), di sini hari ini. 

Katanya, dia cuba menghubungi isteri, namun gagal sebelum menerima berita menyedihkan itu.

“Tidak sangka kejadian ini menyebabkan saya kehilangan anak sekelip mata, saya serahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *