December 18, 2024

“SAPU BERSIH” Bahagian 1

Apa yang kerajaan Pas Terengganu ingin sampaikan kepada rakyat melalui kempen slogan ini? 

Adakah kebersihan bandar Kuala Terengganu dan bandar-bandar utama di Terengganu dibersihkan untuk tonjolkan imej negeri bersih?

Adakah ingin tonjolkan pengurusan dan pentadbiran negeri yang lebih bersih dari sebelumnya?

Atau ini adalah kempen pilihanraya dan menghantar isyarat kepada penyokong Pas bahawa mereka ingin sapu bersih kerusi Dun di pilihanraya negeri kali ini?

Hakikatnya apa yang ‘disapu bersih’ sepanjang 5 tahun Pas memerintah dan ada di antaranya sudah memasuki fasa siasatan SPRM?

1. Berapa lot tanah yang lokasinya strategik dan harganya mencecah puluhan juta dijual dengan harga di bawah pasaran?

2. Berapa lot tanah menjadi milik isteri kepada wakil rakyat Pas sendiri?

3. Wang rakyat berjuta ringgit lesap di dalam pelaburan kilang pembuatan pelitup muka?

4. Melantik pemimpin Pas dari negeri lain menjadi CEO di anak syarikat milik penuh kerajaan?

5. 20,000 peluang pekerjaan, siapa sapu?

6. 20,000 unit rumah rakyat, berapa unit siap?

Banyak lagi skandal ‘sapu bersih’ ni…bersambung..

Psstt print tshirt 1000 helai dengan guna duit rakyat?

#Sapusampaibersih

#sakausampailicin

Sumber : Awok Kiter Channel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *