December 18, 2024

Pelakon Anna Jobling meluahkan rasa syukur akhirnya berjaya memperoleh lesen memandu selepas dua tahun menanti berikutan kekangan masa serta jadual kerjanya yang sibuk.

Memetik Harian Metro, Anna berkata mungkin ada yang beranggapan memiliki lesen memandu perkara biasa namun dia mahu meraikannya kerana ia sangat bermakna buat dirinya.

“Saya memang dah lama merancang nak ambil lesen memandu. Memandangkan saya memang mahu memandu dan memiliki kereta sendiri, tapi itulah, dua tahun baru ada masa.

“Bagi orang lain mungkin ia perkara biasa yang tak perlu dihebahkan. Tapi bagi saya ia sangat bermakna apatah memang sudah lama menantikannya.

“Rasa seperti sudah dewasa pula bila boleh memandu sendiri. Sebelum ini saya sentiasa ditemani ibu atau pengurus,” katanya.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Anna ada memuat  naik gambar memaparkan dirinya memotong kek dengan huruf ‘P’ sebagai simbolik kepada Lesen Memandu Percubaan yang diperolehnya pada Selasa lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *