November 17, 2024

Dalam menghadapi PRN kali ini PAS dan Bersatu sekarang sedar yang mereka tidak dapat mengatasi aura DS Anwar Ibrahim dan prestasi baik Kerajaan Perpaduan. Maka pemimpin-pemimpin mereka sudah pun atur pendekatan baharu.

Bagi mereka tidak guna habiskan tenaga dan wang untuk menawan Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan. Mereka rasa mereka akan tewas. Fokus mereka sekarang kepada dua buah negeri – Kedah dan Terengganu. Mereka mahu pastikan Kedah dan Terengganu tidak terlepas kepada Kerajaan Perpaduan.

Mereka sedar bahawa aura Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri boleh menggugat Kedah dan Terengganu. Mereka sedar bahawa kerajaan di Kedah dan Terengganu mempunyai tradisi “silih berganti” – dari BN ke PAS dan dari PAS ke BN sejak beberapa pilihan raya umum yang lepas. Tidak mustahil kerajaan di kedua-dua negeri ini akan sekali lagi bertukar tangan.

Mereka yakin bahawa Kelantan akan tetap dalam genggaman mereka. Tetapi Kedah dan Terengganu belum tentu. Aura DS Anwar Ibrahim dan Prestasi baik kerajaan Perpaduan sekarang membimbangkan pemimpin-pemimpin PAS dan Bersatu.

Kenyataan dari “War Room” PAS dan Bersatu jelas – Nantikan “Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *