September 20, 2024

Kerajaan PAS Terengganu dalam mesyuarat exco kerajaan negeri pada 5 Februari 2020 telah meluluskan penjualan tanah yang bernilai RM14 juta kepada syarikat Falaah Maju Sdn Bhd dengan harga hanya RM70,000.

Sebuah syarikat kroni pemimpin PAS Terengganu, Falaah Maju yang beralamat di Kampung Pinang Merah, Paka berjaya memiliki tanah yang berkeluasan 70 ekar di Lot PT 25401 di Jalan Santong, Kuala Paka.

Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menerusi mesyuarat exco kerajaan negeri meluluskan permohonan itu dengan kadar premium yang sangat murah iaitu RM1,000 bagi satu ekar atau jumlah keseluruhan RM70,000.

Kadar premium yang dikenakan hanyalah 0.49% daripada nilaian semasa.

Keputusan itu bercanggah dengan ketetapan mesyuarat exco pada 24 April 2019 bahawa kadar premium bagi semua permohonan tanah kerajaan negeri oleh entiti perniagaan hendaklah dikenakan pada kadar 50% daripada nilaian semasa.

Surat daripada Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta kepada Pentadbir Tanah Daerah Dungun bertarikh 24 September 2020 menyatakan nilai pasaran tanah tersebut ialah RM14,165,000.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *