September 20, 2024

Anda perlu kenal siapa Raja Petra, blogger Melayu yang bermastautin di UK dan baru anda faham corak serangan beliau terhadap kepimpinan negara kita serta kenapa beliau terlalu takut untuk pulang ke Malaysia.

Lihat dan amati corak serangan dan sokongan beliau kepada kerajaan yang mentadbir negara dan anda boleh mengagak siapa di belakangnya atau mungkin siapa yang ‘memelihara’ beliau. Adakah beliau lantang kerana kebenaran atau kerana suapan duit semata-mata.

Kini beliau kerap muncul secara ‘live’ melalui aplikasi Tik Tok samada secara perseorangan atau berkumpulan di dalam aplikasi tersebut juga. Beliau jarang atau tidak lagi menulis di portal ‘MalaysiaToday’ kerana dikatakan diganti oleh anak perempuannya dan portal tersebut telah dijual oleh beliau. Anaknya bekerja sambilan atau mungkin sebagai penulis tetap dan ‘kehebatan’ portal tersebut sudah tiada lagi memandangkan kebanyakan artikel politiknya bernilai sampah.

Untuk mengekalkan nama sebagai penggiat atau aktivis media yang kononnya vokal di medium internet, Raja Petra kini muncul sebagai tukang karut ‘live’.

Terkini beliau cuba melakarkan naratif “Zahid dipanggil oleh Najib untuk mengadapnya di Penjara Kajang”. Penceritaan karut beliau seolah bekas Perdana Menteri itu menghubunginya dan menceritakan perihal lawatan Presiden UMNO, Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ke penjara tersebut sebelum Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini.

Raja Petra cuba menanamkan doktrin sesat ke dalam kepala pengikutnya bahawa beliau pada bila-bila masa boleh berhubung dengan keluarga Najib untuk mendapatkan cerita sensasi?

Mudah sahaja modus operandi Raja Petra supaya pengikutnya dan kumpulan anti UMNO dan Zahid terus menerus percaya malah fokus utama beliau adalah merosakkan hubungan antara ahli UMNO itu sendiri dengan usaha jahatnya cuba mewujudkan kumpulan di dalam UMNO itu sendiri.

Selagi wujudnya ‘pemelihara hantu raya’ untuk rosakkan kerajaan pusat maka modus ini tidak akan terhenti.

Banyak lagi serangan fitnah untuk memecah belahkan ahli dan penyokong UMNO.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *