December 22, 2024

“Good governance”, langkah berani dan keputusan bijak seperti slogan yang sentiasa diucapkan oleh Ketua Menteri Melaka yang ke-13, YAB Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, “Bijak Laksana Tuah, Berani Laksana Jebat”.

Bukan suatu perkara yang mudah untuk aturkan jabatan dan agensi yang fungsinya dekat dengan rakyat di bawah satu bumbung dan rakyat jelata boleh berjumpa serta mengadu apa sahaja masalah berkaitan dan jabatan atau agensi yang berkenaan akan berusaha secepat mungkin bertindak menyelesaikannya. Datuk Seri Rauf berjaya membuktikannya.

Malah Ketua Menteri Melaka mengarahkan agar setiap permasalahan yang diajukan oleh rakyat dapat diselesaikan dalam tempoh dua minggu.

Usaha Datuk Seri Rauf mengembalikan kegemilangan Melaka melalui semangat “bijaksana dan berani” berpandukan kisah epik Hang Tuah dan Hang Jebat nampaknya membuahkan hasil apabila di hari pertama program “Hari Bertemu Rakyat” berjaya mencapai objektifnya.

Kegemilangan kerajaan Melaka di zaman kesultanan dahulu bukan sahaja kerana Sultannya yang bijaksana tetapi pegawainya (Tuah dan Jebat) juga mempunyai kebijakan dan keberanian apabila diberi tanggungjawab.

Melaka terkenal di seluruh dunia dengan sejarah awal ketamaddunan(Kerajaan Madani) dan Laksamana Hang Tuah membuktikan peranannya sebagai “Duta Melaka” bagi mewakili Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka ketika itu.

Negara berkuasa besar seperti China dan India yang lebih maju dari Melaka turut kagum dengan kebijakan Hang Tuah malah kerajaan beraja India turut meminta Hang Tuah menjadi wakil khas mereka ketika siri lawatan kerajaan India ke China. Sejarah ini bukan suatu kisah dongeng kerana tugasan Hang Tuah ini menjadi cerita yang masyur di India dan juga China. Bukan suatu yang mudah menjalankan tugas sebagai perutusan khas Maharaja India untuk bertemu Maharaja China namun Hang Tuah berjaya melakukannya.

Sebagai pemimpin nombor satu negeri, “Ceo of the state”, Datuk Seri Rauf menjadikan kisah kebijakan Hang Tuah dan keberanian Hang Jebat sebagai aspirasi dan inspirasi di dalam pentadbirannya.

Datuk Seri Rauf berani merapatkan jurang antara rakyat dan pihak pentadbir negeri supaya rakyat dan penjawat awam sentiasa saling menghormati.

Rauf juga berani mengambil peluang mencari pelabur baharu dan juga menyakinkan pelabur sediada untuk menambah jumlah pelaburan. Ini supaya rakyat Melaka mendapat manfaat tanpa perlu keluar mencari rezeki di negeri lain.

Setiap misi ke luar negara dibuat dengan teliti agar hasilnya memberi impak yang besar bagi pendapatan negeri.

Bijak menyusun dan berani membawa pembaharuan terutama mengembangkan lagi sayap negeri Melaka ke negara lain bukan satu dimensi pencarian pelaburan yang mudah. Melaka beruntung kerana Datuk Seri Rauf datangnya dari dunia korperat yang dinamik. Pengalaman lalunya di dunia tersebut banyak memberi kelebihan kepada beliau di dalam membuat keputusan untuk rakyat dan negeri.

Kini rakyat Melaka tidak perlu risau, hari bertemu pemimpin utama Melaka sudah tersedia. Gunalah sebaiknya waktu tersebut untuk menjadikan Melaka sebagai sebuah negeri yang boleh diteladani oleh semua seperti mana dahulu kala.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *