Bagaimana seorang yang bukan ahli UMNO malah penulis pojok berita internet anti UMNO menyibuk diri dengan isu dalaman UMNO?
Adakah beliau kini ‘hantu raya tidak bertuan’ yang mencuba nasib dengan pihak pembangkang dengan melakukan modus operandi yang sama seperti dulu, menyerang untuk wang?
Tidak perlu diulas panjang siapa pendedak dan barua politik yang cuba menyerang Dato Sri Azalina, Ketua Penerangan Malaysia yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri(Undang-undang dan Reformasi Institusi) dengan sembrono menggunakan keratan rakaman ucapan beliau ketika Perhimpunan Agung UMNO.
Isu Najib Razak yang kini dipenjara adalah isu dalaman parti UMNO. Setiap langkah yang diatur oleh kepimpinan parti untuk mendapatkan keadilan kepada beliau dibuat dengan cermat mengikut kehendak Najib sendiri dan tatakelola perundangan negara.
Tidak timbul isu bahawa pemimpin UMNO termasuk Dato Sri Azalina retorik di dalam usaha mendapat keadilan yang sewajarnya terhadap kes Najib Razak. Terkini, Presiden UMNO sendiri, Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Presiden UMNO membuat lawatan bertemu dengan bekas Perdana Menteri ke-6 itu di penjara Kajang baru-baru ini.
Proses untuk mendapat pengampunan Yang di-Pertuan Agong sedang berjalan dan proses supaya perbicaraan Najib terhadap kes lain yang sedang berjalan mendapat keadilan yang sewajarnya juga turut menjadi keutamaan kepada setiap pemimpin tertinggi UMNO.
Tidak timbul isu Najib Razak dilupakan. Perlukah setiap langkah yang dibuat oleh kepimpinan tertinggi UMNO dilaporkan kepada individu yang turut memusuhi dan memfitnah Najib dan keluarganya sedangkan mereka inilah antara manusia mendapat ‘layanan’ paling istimewa ketika Najib menjadi Perdana Menteri?
Manusia jenis apa yang menggigit tangan tuan yang memberi makannya setiap hari malah memberi kehidupan kepada seluruh ahli keluarganya? Manusia ini sedang mengambil berat ehwal Najib?
Teringat kata-kata Najib kepada geng penulis pojok politik yang dahulunya ‘dijaga’ oleh UMNO termasuk Najib dan keluarganya sendiri, “geng perabih boreh”(kumpulan yang tidak membawa manfaat kepada parti walaupun UMNO menjaga kehidupan mereka).
UMNO sejak dahulu lagi telah matang dengan gerakerja melaga-lagakan sesama ahli ini. Taktik lapuk yang akhirnya mendedahkan keburukan diri mereka sendiri.
“Kari dah hangit, dah tidak boleh dimakan”.