November 16, 2024

Ayat pertama keluar dari mulut Annuar Musa sebaik sahaja beliau diterima masuk sebagai ahli Pas penuh dengan keraguan dan putar belit atau sememangnya sengaja untuk memburukkan imej Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri, Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Annuar Musa di dalam ucapannya di pentas ceramah politik Perikatan Nasional menceritakan bagaimana Presiden UMNO ke rumah Muhyiddin yang turut dihadiri oleh Presiden Pas, Hadi Awang di mana Muhyiddin bertanyakan apakah benar Zahid bersetuju dan menandatangani surat sokongan kepada Anwar Ibrahim bagi menjatuhkan kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin.

Annuar Musa berkata Zahid menafikannya dan setelah Muhyiddin menunjukkan surat sokongan tersebut, Zahid kelu seribu bahasa seolah benar mengikut tanggapan dan penceritaan Annuar Musa.

Pelik, bagaimana ketika Muhyiddin menjadi Perdana Menteri maka Zahid bertindak untuk mewujudkan kerajaan pintu belakang dengan sokongan Anwar Ibrahim?

Pertama, jika Zahid menyokong Anwar ketika itu, kenapa pula Ismail Sabri yang menjadi Perdana Menteri menggantikan Muhyiddin Yassin?

Kedua, Muhyiddin terpaksa melepaskan jawatannya kerana kegagalan mengurus rakyat dan negara ketika negara berdepan dengan pandemik covid-19 dan bukan sahaja blok pembangkang yang diketuai oleh Anwar mendesak Muhyiddin meletak jawatan, ahli parlimen blok kerajaan campuran termasuk dari UMNO-BN dan Pas juga bersetuju turut mendesak Muhyiddin meletakkan jawatan dan akhirnya Ismail Sabri dilantik menjadi Perdana Menteri ke-9.

Jika Zahid menyokong Anwar maka sudah tentulah Anwar yang menjadi Perdana Menteri ketika itu dan bukannya Ismail Sabri.

Mengenali Annuar Musa, beliau banyak berbohong dari berkata benar. Pengakuan yang keluar dari mulut beliau sendiri berkenaan berpuluh juta ringgit dalam bentuk tunai berada di dalam bilik tidur Muhyiddin akhirnya beliau menafikan membuat pengakuan tersebut.

Annuar Musa jenis manusia yang suka menipu demi kepentingan politiknya sendiri dan pandai mengambil peluang mrnonjolkan diri. Pilihanraya negeri tidak lama lagi, Annuar sedang melobi untuk menjadi calon Pas di Kelantan barangkali. Manusia gila kuasa sanggup melakukan apa sahaja untuk memenuhi selera nafsu yang besar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *