October 17, 2024

Mas Ermieyati wajar meletak jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dengan segera kerana gagal menjalankan tugasnya.

Tidak perlu menempelak dan menuding jari kepada sesiapa yang menegurnya tetapi harus melihat kepada kelemahan ketara yang beliau lakukan.

Sebagai Pengerusi PAC, Mas Ermieyati yang juga ahli parlimen Masjid Tanah sepatutnya mengawal emosinya dan tidak terikut dengan ahli parlimen blok pembangkang yang lain dengan turut meluru ke luar dewan bagi menunjukkan protes untuk tidak bersetuju membahaskan Laporan Ketua Audit Negara.

Mas Ermieyati perlu sedar bahawa beliau gagal meneliti Laporan Ketua Audit Negara 2021.

Jika Mas Ermieyati jujur menjalankan tugasnya sebagai Pengerusi PAC, kenapa ketirisan yang berlaku pada 2021 tidak menjadi keutamaan kepada PAC?

Jumlah wang rakyat yang ‘hilang’ bukan sedikit dan memerlukan siasatan yang menyeluruh kerana timbul keraguan mengenai pengurusan kewangan tersebut.

Sebagai contoh:-
Pembelian ventilator untuk Kementerian Kesihatan Malaysia

  • 500 buah ventilator yang ditempah oleh Kementerian Kesihatan dengan bayaran pendahuluan sebanyak RM30 juta.

Di dalam pembelian ini, pembekal hanya dapat menyerahkan 136 unit sahaja, daripada 136 unit itu pula hanya 28 unit boleh digunakan. 108 lagi rosak dan daripada 108 yang rosak, hanya 15 sahaja boleh dipulangkan kembali kepada pembekal. 93 unit tidak boleh dikembalikan kerana tiada dokumen perolehan daripada KKM kepada pembekal kerana dibuat di bawah Tatacara Perolehan Darurat.

Bagaimana Mas Ermieyati tidak mengambil serius tentang ketirisan tersebut?

Apakah perbezaan pengurusan kelewatan kapal perang LCS milik TLDM dengan pembelian mesin ventilator menyebabkan hanya isu kapal perang sahaja mendapat perhatian pembangkang?

Siapa “memilih bulu” di parlimen dan layakkah Pengerusi PAC turut serta di dalam tunjuk perasaan keluar dari dewan parlimen hanya kerana kehilangan wang rakyat berlaku di zaman Muhyiddin menjadi Perdana Menteri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *