December 18, 2024

Autar Singh Ketua Penerangan MIC Selangor jangan terlalu gopoh membuat tuduhan dan serangan melulu terhadap UMNO kerana akhirnya akan menyerlahkan warna sebenar diri sendiri dan merosakkan parti yang anda wakili sendiri juga.

Walaupun sebagai penjawat penerangan parti namun jawapan dengan nada yang tidak cermat boleh mengeruhkan lagi suasana.

Tidak semestinya jawapan dan pandangan sebagai ketua biro mewakili secara rasmi di dalam isu tertentu termasuklah isu forum tertutup antara kepimpinan parti UMNO. Penjelasan dari Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Seri Azalina adalah di dalam lingkungan ‘pandangan’ beliau di dalam sesi town hall dan bukannya sebuah pertuduhan dan serangan liar terhadap komponen BN. Ianya sebuah realiti yang UMNO sedang berusaha untuk ungkaikannya.

Kenapa sampai menyerang UMNO dengan isu ‘cium keris’ yang juga berlaku di dalam rumah UMNO? Apakah selama ini ketua penerangan MIC ini bermindakan pembangkang atau kumpulan anti UMNO ketika itu.

Lihat saja apa yang terjadi apabila komponen BN sendiri tidak sensitif dengan sesuati isu dan mula menyerang Pengurusi BN tanpa menggunakan saluran yang betul.

MIC sepatutnya membantu Kerajaan Madani sebagai komponen BN untuk menjelaskan justifikasi PH dan BN vs Dap dan Umno bukannya menambah kebencian dengan api membakar perpaduan negara.

Jika mudah terbelit dan terjerat dengan permainan persepsi musuh, bagaimana hendak mengurus persepsi supaya rakyat kembali yakin kepada BN?

Sedarlah serangan Presiden MIC kepada Presiden UMNO pada awal tahun 2022 dan sepanjang 2021 lebih sikap “character assasination!!”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *