September 19, 2024

Polis melengkapkan kertas siasatan terhadap Dr Mahathir Mohamad berkait dakwaan menghina institusi raja.

Setiausaha Polis, Noorsiah Saaduddin, berkata kertas siasatan itu akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara minggu depan selaras peruntukan undang-undang.

“Polis melengkapkan kertas siasatan terhadap Mahathir bersabit kes penghinaan institusi diraja.

“Kertas siasatan akan dirujuk kepada pejabat peguam negara pada 6 Jun 2023 (Selasa) selari peruntukan Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan.

Noorsiah turut memaklumkan, berhubung isu Proklamasi Orang Melayu, polis masih di peringkat siasatan dan akan merakamkan percakapan Presiden PAS Abdul Hadi Awang serta Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P Ramasamy.

Bukit Aman memaklumkan pihaknya merakam percakapan Mahathir di Yayasan Albukhary di ibu negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *