September 19, 2024

Pihak pendakwaan memohon empat kes menggunakan kedudukan dan tiga kes pengubahan wang haram dihadapi bekas perdana menteri, Muhyiddin Yassin dibicarakan bersama.

Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin memaklumkan perkara itu ketika pengurusan kes pagi ini di depan Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Azura Alwi.

Wan Shaharuddin berkata, permohonan itu difailkan semalam dan diserahkan kepada peguam Muhyiddin hari ini.

Mahkamah kemudiannya menetapkan pembelaan menjawab permohonan itu pada atau sebelum 30 Jun ini dan menetapkan 14 Julai bagi pendakwaan membalasnya.

Terdahulu, Muhyiddin yang juga presiden Bersatu tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada 8.41 pagi tadi untuk menghadiri prosiding sebutan kes pertuduhan menggunakan kedudukan untuk suapan berjumlah RM232.5 juta bagi Bersatu dan menerima wang hasil daripada aktiviti haram.

Turut hadir memberi sokongan kepada presiden Bersatu itu ialah ketua pembangkang, Hamzah Zainudin, Naib Presiden Bersatu, Radzi Jidin dan Ketua Pemudanya, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *