Pelakon Zul Ariffin meluahkan rasa syukur apabila bakal menjadi tetamu Allah bagi mengerjakan ibadah haji pada tahun ini.
Zul berkata sepatutnya dia berangkal lebih awal ke Tanah Suci Mekah namun terpaksa bertolak pada 10 Jun kerana ada penggambaran yang perlu diselesaikan.
“Saya sepatutnya berangkat lebih awal namun terpaksa dianjakkan ke minggu kedua iaitu 10 Jun disebabkan perlu menyelesaikan baki penggambaran.
javascript:false
“Alhamdulillah tiada rasa gementar tapi ada beberapa perkara perlu saya siapkan terlebih dahulu seperti menghadiri kursus haji. Kena ‘laju’ juga sebab saya ada lebih kurang seminggu untuk bersedia sebelum bertolak,” katanya.
Sementara itu, Zul berkata dia tidak pasti tawaran diterima untuk menunaikan haji itu menerusi cara VIP (very important person) atau sebaliknya, namun dia menganggap tawaran itu sebagai durian runtuh untuknya.
“Saya rasa (mengerjakan haji cara VIP). Saya dapat jemputan untuk pergi haji, jadi saya pergi bersama-sama team saya. Saya tak pergi melalui Tabung Haji.
“Saya dah pergi tiga kali buat umrah sejak Ogos lepas, kalau ikut perancangan sebelum ini saya nak puasa dan raya di sana tapi sebab penggambaran tak dapat. Tapi dapat pula pergi haji, cantiklah saya anggap rezeki,” katanya.
Dalam pada itu, Zul mengakui bimbang dengan dugaan perlu dihadapi disana dimana cuaca dikhabarkan agak panas di sana.
“Saya sebenarnya ada projek tapi terpaksa ditunda sebab nak mengerjakan haji. Kalau umrah saya mungkin dah tahu tapi haji belum lagi.
“Kita nak kena pergi awal, dengan ramai orang dan musim panas. Jadi saya terpaksa tunda projek yang kerana bimbang tak dapat beri komitmen.
“Saya teruja nak mengerjakan haji, cuma lautan manusia itu tak tengok lagi sebab musim haji selalu kita tengok dalam televisyen ini kita lalui pula dengan musim panas,” katanya.