December 18, 2024

Pelawak Zizan Razak mengakui sikap mementingkan kesempurnaan baik dari segi personaliti mahupun dalam kerjaya menjadi punca dirinya belum bertemu jodoh.

Memetik Kosmo, Zizan berkata dirinya seorang yang cerewet dan kerjayanya sebagai anak seni menjadikan dirinya individu sensitif sehingga memilih termasuk dalam soal memilih calon isteri.

“Sebenarnya saya cerewet dan ‘perfectionist’. Kadang-kadang orangnya apabila jumpa di luar (wanita) cantik, tetapi apabila melihat cara bercakap, kasar sikit saya pun, alamak macam mana ni,” katanya.

Sementara itu, Zizan berkata dia juga bimbang untuk melalui alam rumah tangga apatah lagi rutin kerjanya yang tidak menentu. 

“Jadi siapakah bakal isteri saya yang boleh tunggu begini. Mungkin seminggu dua dia kata okey tapi kalau bertahun begitu, bolehkah dia terima.

“Sejujurnya saya banyak fikirkan orang, bukan mahu si dia sahaja yang sempurna, tetapi saya juga inginkan kesempurnaan untuknya,” katanya.

Dalam pada itu, Zizan mendedahkan dia pernah meminta ibunya untuk mencarikan calon isteri serta berharap wanita itu dapat menerima sikapnya seorang yang serius.

“Dalam televisyen saya memang kelakar, tetapi di belakang saya adalah lelaki yang sangat serius. Orang tidak tahu perkara itu, sebab itu saya kata pelawak ini bukan orang gila.

“Saya takut bakal isteri beri tanggapan berbeza. Seseorang itu perlu terima saya bukan sebagai pelawak. Jadi seeloknya sekarang saya fokus dahulu terhadap kerjaya,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *