December 18, 2024

Sikap  Amyra Rosli patut dipuji. Beliau tidak mahu terlalu ambil pusing mengenai isu penyondol yang hangat diperkatakan dan meletakkan kepercayaan 100 peratus terhadap suaminya, Amar Baharin.

Memetik Kosmo, Amyra berkata cintanya terhadap suami adalah kerana Allah dan dia percaya bahawa ia merupakan tunjang kebahagiaan hubungan mereka.

“Saya sayang dia kerana Allah, jadi saya tiada rasa apa-apa kalau dia keluar bekerja atau dia bergaul di luar, saya tidak kisah.

“Apabila kita terlalu serius dan terlalu memikirkan masalah orang luar, secara tidak langsung akan mencemarkan hubungan yang asalnya harmoni. Tidak perlu jadi toksik, bahagialah ikut cara kita sahaja,” katanya.

Dalam pada itu, Amyra meluahkan rasa syukur dikurniakan suami yang sangat memahami emosinya sebagai seorang wanita, isteri dan ibu.

Malah, Amar turut menitipkan pesanan supaya tidak berkongsikan di media sosial jika ada masalah bimbang ia hanya memburukkan lagi.

“Apabila ada masalah, kami akan bersemuka dan bincang baik-baik. Amar pesan supaya jangan kongsi apa-apa kerana media sosial akan lebih mengeruhkan keadaan.

“Perempuan lain sikit, bila emosi berkecamuk dan letak emosi dalam media sosial, kita akan lagi terbakar, ramai lagi orang akan hasut,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *