September 20, 2024

Baru-baru ini, perkongsian penyanyi Baby Shima menjadi perhatian apabila mendedahkan mesej daripada lelaki yang mengajak melakukan perkara tidak senonoh.

Menerusi perkongsian di Instagram itu, turut memaparkan mesej dihantar lelaki berkenaan yang bertanyakan bayaran  yang dikenakan jika untuk ‘main’ selama dua jam.

Shima turut dilihat memuat naik mesej berkenaan berserta nama akaun dan wajah lelaki miang tersebut untuk tatapan umum.

Dalam pada itu, Shima turut berkata tidak ada bisnes jual beli yang dilakukan serta membuka tawaran kepada mana-mana individu untuk ‘main’ dengan lelaki terbabit.

Perkongsian Shima itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengecam tindakan lelaki miang tersebut serta turut meminta penyanyi itu membuat laporan polis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *